07 December, 2010

Myspace Best Tak ?

Setiap makhluk di dunia ni mesti pernah mengalami zaman "kegemilangan" bermain myspace. Ye dak ? kalau ye , sila lambai-lambai tangan tangan anda sambil kata " Ye ye ! myspace dulu best ! " . kalau tak , sila tinggalkan blog ini . ( dengan nada yang serius ) 
ecece main-main jelah . HEE .

Dulu tak kira dari golongan-golongan nerdy sehinggalah golongan yang hok-hok ( hot-hot ) mesti ada myspace , macam aku dulu ada myspace sejak aku melangkah ke alam form 1 dan form 2 . Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang nerd jugak la . Alah ! tak kesah nerd ke hok , yang penting myspace tetap kena ada masa tu . Yela myspace kan tengah hok dipasaran    mahupun di pasar-pasar raya berdekatan rumah anda  . ( dah dah jangan lari tajuk please )


Agak-agak siapa menang ? kalau ikut badan of course , definitely , absolutely lah jacob kan . Ingat tak masa dalam scene eclipse , time bella tengah kesejukkan , kan jacob kata dekat edward " I'm hotter than you ! " . Masa tu dekat wayang semua orang dah WOOOO . HAHA 


DAH DAH .
 So , mari kita bercerita tentang zaman myspace dulu-dulu :)

Aku tau Myspace ni pun dari kawan-kawan aku . Time tu aku dekat cyberlab sekolah ada kelas komputer , orang semua dok sibuk cakap mespes , mespes . Boleh dikatakan majoriti yang datang kelas komputer bukannya belajar , semua dok sibuk bukak mespes . Aku sorang je sibuk bukak y8.com . ( alah yang game dress up-dress up tu lah ) Rumah aku dulu mana ada internet , jadi bila ada kelas komputer je , hati ni berkobar-kobar nak main game y8 . HAHA . Bila tengok semua kengkawan bukak mespes , main chat-chat , senyum sorang-sorang , hikhik sana , hikhik sini , aku pun apa lagi tanya lah kawan aku suruh dia ajar aku camne nak buat mespes hari tu jugak . takkkkkkkkkkkk kiraaaaaaaaaaaaa ! 
( sambil hentak-hentak kaki dekat lantai )

Haa ni lah web common yang akan aku visit setiap hari tau . Dulu mana pakai google chrome ni , pakai gorilla mozilla je tau . Windows 7 ni pun tak wujud lagi naa .


Fuh bila dapat je buat mespes ni , first thing aku buat ialah aku edit layout . Mespes mana sama dengan pesbuk ( facebook ) , yolah mespes boleh edit-edit , pesbuk tak boleh buat apa-apa . ye dak ? Layout aku dulu-dulu tak sah kalau tak da glitters-glitters , yang warna-warni , ada "welcome to my page" , ada gambar artis handsome-hansome ( dulu suka sangat high school musical =.= ) , ada gambar icon-icon comel laa , huruf-huruf neon dan berbagai-bagai sumpah seranah aku letak dekat layout mespes aku tu . Dengan erti kata lain , serabut lawa la bagi aku dulu . Eh dulu macam-macam web aku tau sebab nak cari layout yang best-best . Kiranya kalau layout dia full dengan lampu kelip-kelip , banyak gambar artis or cartoon , orang banyak add la ? HMMPH ~ 






1) aww ! scandal aku online laa... 
2) HUKHUK . kenapa minah tu tak nak approve aku ? 
3) Padan muka kau tak boleh tengok comment aku !






yeee haaaa . waka waka eh eh . 

sakit mata tengok kan ? ni baru sikit , cuba korang bayangkanlah dulu page aku penuh dengan haiwan-haiwan al-an'am ni semua , haishh kenangan . kenangan .



Korang ingat tak dekat mespes kan ada interest , movies , books ? HAA ! Aku gunakan ruang yang ada , pergi cari gambar glitters-glitters , yang animated ( yang boleh gerak-gerak ) letak dekat situ . WAH ! penuh layout aku . BANGGA GILA . jangan cakap aku , semua orang pernah cuba kan ? yang perempuan suka glitters , yang laki pulak suka letak gambar artis-artis sexy lagi menarik tertarik kau memang da bomb la wa cakap lu . Yang paling tak boleh blah . Letak gambar boyfriend dekat layout diikuti pesanan-pesanan yang terdapat di bawah gambar tersebut .

" bi , cyg syg bi tewtat-tewtat "

" This is my lovely dumbly HUSBAND "

" iloveyou sayang , forever "

" ilysmfdm , imysm , ihysfdm "
 ( HAH ! ni cukup fofular kan dulu ? punyalah payah orang nak meneka apa yang dia tulis -,- )

Mungkin mereka mengharapkan orang ramai kata " OH SWEETNYA DORANG " . Udah-udah lah tu . Seminggu lepas tu clash , normal lah dulu kan ? 



Second thing yang aku buat dekat mespes ni ialah mengADD seberapa banyak orang dalam dunia ni . Tak kira dari baby hingga lah yang ke tua kerepot . ( tak pe , janji kacak bergaya lagi kaya ) Lagi ramai friends list korang , lagi la korang proud mengunung kan ? Dengan artis yang berkurun lama tak online mespes pun korang add . SIAPA KESAH KAN ? Yang penting friends aku ramai . ( padahal yang comment 5 orang je , HAKHAK )  Kalau friendslist dah sampai 400 lebih tu , dah bangga gila dah tu . Aku sampai sanggup bayar untuk pergi cyberlab sekolah semata-mata nak bukak mespes . Nak pergi cybercafe luar amat mustahil sekali lah bagi perempuan melayu terakhir macam aku ni kan . 



Dah keberapa ni ? Oh perkara yang ketiga aku buat ialah mengEDIT gambar sendiri untuk diupload . FUH ! cakap pasal edit-edit gambar ni , aku JAGUH KAMPUNG tau dulu . ceh . Betul wa cakap lu beb . Dulu sebelum nak upload gambar , mesti sehabis baik punya edit . Kalau ada jerawat tu , blurkan gambar sampai nampak smooth je muka kita en . Background tu kalau nak bagi lawa sikit bubuh la shadow bagi gelap sikit . Selain amik tempahan baju dan buat kuih , dulu mak limah ni dah selalu sangat terima tempahan untuk diedit gambar mereka tanpa bergaji tau . Konon nak tunjuk mak limah ni power lah kan ? YOLAH ! Mak limah kan jaguh kampung , mesti la terer bab-bab edit-edit gambar ni kan . Mak limah kalau edit-edit gambar ni mesti bubuh icon comel-comel dekat tepi-tepi gambar tu , tak pon kalau yang permintaan nak simple-simple je mak limah bubuh la frame yang bunga-bunga . HIKHIK 



Cool tak kalau johny depp macam ni ? Aku rasa lepas ni dia tak akan berlakon pirates of the carribean dah , nanti dia mintak nak berlakon cerita rapunzel pulak .


Dah dah stop cakap pasal mak limah ni . Jom kita teruskan cerita kita . Bila dah maju sikit , mulalah gejala mengHIDE semua menatang yang ada dekat profile kita kan . Sebagai contoh hide comment , hide friends . ada yang lagi superb semua benda dia hide ,  dengan profile picture pun sekali dia hide , apa yang tinggal pun aku tak tau . Kita hide friends list sebab tak nak bagi kengkawan kita add topfriends kita kan . Lagi pulak kalau yang dekat topfriends tu balak kita ke , scandal kita ke , HAH ! sure lah hangpa tak nak bagi orang lain kacau line kan kan ? Untuk pendapat orang lain pulak , hide friends sebab tak nak bagi kacau layout , nanti layout jadi panjang berjelar-jelar . Konon nak bagi kemas la tu . Tu ahli-ahli falsafah yang mementingkan kebersihan di layout beliau je buat macam tu . Tapi aku sure 70% orang hide friends sebab tak nak bagi orang add kawan-kawan or bestie dia kan .


 Cakap pasal hide comment ni , agak-agak kenapa eh ? Nak pilih sebab takut kawan baca komen kita ke nak pilih untuk kemaskan layout ? I nak pilih sebab takut nanti kengkawan baca komen i la of course ! wee . Yela aku dulu ramai scandal dari serata Malaysia kan , dari budak kampung hingga ke anak-anak Dato semua i try tau . Mestilah segan dandan pulak kalau lupa nak delete comment yang ada berunsur  " Goodnight sayang , iloveyou , i bobokkan you ok ! " beserta " emmmmuaaah kiss dia , buat lovebite sekali . "  HAHA . Kejab lagi esok dekat sekolah sure kena bahan satu kelas punya . Cinta Cyber ni semua mesti pernah mengalami kan ? TOKSAH HANG DOK BOHONG LA . Bagi aku cinta cyber ni lagi best dari cinta monyet , yela korang just tengok muka/profile picture dia asal cantik molek , comment dia , bagi ayat-ayat yang menyentap sikit sampai awek tu cair . Lepas tu bermula la pertukaran no telefon berlaku . Sudah semestinya si awek akan malu-malu untuk bagi no telefon kepada si lelaki .



" youuuuuuuuuuuuuuu , bagi la no telefon you .
si lelaki yang control ayu setiap masa .

"alaaaaa , you bagila you punya dulu ok . nanti i miskol you... "
si perempuan yang control jerawat tumbuh .

" Yela yela , ni no i 017-2345670 . jangan lupa miskol tau , kalau tak i geget you nanti "

" alololoo yee i tak lupa , nanti i miskol you , you miskol i back ok . daaa~ "

" bui bui ... t8 care , ily ! "

Siapa yang tak addict dengan mespes kalau nak dekat 10 orang tiap hari yang hantar komen macam tu beb ? 



Kan senang kalau boleh potong-potong macam ni je . Tak payah nak susah-susah copy paste code-code untuk hide comment & friends kita . hmmm~ 


NEXT ! Yang kelima kan ? haa ni mesti semua orang suka buat lah  . Aku dulu suka bukak profile orang , then tengok friends dia , tengok comment dia . walaupun kau hide macam mana pun , kami still boleh view kau punya comment & friends lah ! ( jadi stalker kejab ) FUH , kegiatan ni memang dah cukup fofular dulu-dulu . Lagi-lagi bagi awek-awek yang nak spy balak dorang , mesti buat kerja haram ni kan ? Yelah yang si awek ni mesti nak tengok siapa yang balak dia letak dekat topfriends . Nak tengok balak dia comment dengan siapa . Macam-macam lagilah . ( macam aku la kan ) Lepas tu merajuk , gaduh sana , gaduh sini dengan balak dia . 




" YOUUUU ! siapa yang no.1 dekat topfriends you tu HAA !?
kata Mell a.k.a Melati binti Buang .

" errrr.....you spy i eh , tu kakak angkat i lah . you jangan lah jealous ok ?
kata Sam a.k.a Sameon bin Samdul .

" I tak kiraaaaaaaaaaaa nak jugakkkkkkkkkkkkkk you letak i dekat no.1 . you faham tak ! "

" yela yela ok ok , nanti i ubah ok sayang . hee



Pasal topfriends pun boleh wujud isu nak bergaduh kan , ada ke mespes tetapkan yang first untuk girlfriend/boyfriend korang , second untuk kakak/abang tiri belah mak korang , third untuk jiran depan belah kiri rumah korang . Macam tu pulak dah ? HAIZ . 



ok seterusnya , suruh orang SPAM comment picture korang kan ? Dulu cukup bangga kalau korang punya comment picture beratus-ratus dah macam artis pulak kan . Padahal setiap sorang spam sampai berpuluh-puluh . TAK PE , JANJI NAMPAK BANYAK . 432 comments dengan 32 comments mana nampak banyak ? korang sendiri pun tau menilai kan . Mak Limah maleh nak goyak apo-apo dah , sebab mak limah pun sama terjebak macam you all-you all ni . hee



Cukup la sampai sini eden berceloteh tentang zaman "kegemilangan" mespes kan . Mungkin korang ada pengalaman yang lagi best dari aku kan ? jom la share-share :) SHARING IS CARING . Eh , sekarang jangan pandang remeh dekat mespes ni tau . dia pun dah cukup upgrade macam pesbuk , malah lagi teruk . Lagi buat orang tak paham . Kalau hangpa tak caya , hangpa pergi la bukak mespes hangpa yang konon nya tulis CLOSED and konon letak gambar kuboq sebagai tanda dah mati ,  haa pi bukak , hangpa tengok mespes dah berwajah baru . HEBAT , TABIK SELUT . 

babai (: 










6 comments:

  1. ade orng ckp muke sy mcm johny depp





    lol

    ReplyDelete
  2. gila panjang sangat entri ko ni. aku tak sempat baca semua tau. sampai bab 2 lelaki macho tu ja.

    neway aku follow kamu balik ni

    ReplyDelete
  3. hahahaha oh my goodnesss so true.
    wlpun pos agak panjang xpe aku tgh xde keje aku bce gak. gile myspace is ssooo 5yers ago kehkeh~
    and skrg bile tgk balik myspace aku tuh like omg aku gile ke dulu wat sume2 nih??haha~ coment sume dah mcm perv ewww

    anyway, keep writing adek! (sbb umo ko same ngan adek aku hehee~)

    ReplyDelete
  4. Sasa Al-Sharif : Thanks for following back :D

    kak whoda : haha , memang tak percaya gila mabuk buat benda-benda ni semua kan . haha . btw , thanks for supporting , baru nak berjinak buat blog :D

    ReplyDelete
  5. Hhehehe.sokong kat atas.pjg entry..hehehe

    tp dulu mmg giler main myspace.letak blink2 bagai.
    skang ni da taklyn mespes..fb pon taklyn sgt

    blog pon seminngu sekali bukk

    btw..thnx following me..follow u back :)

    ReplyDelete
  6. hi marilah jadi follower blog sy pula...

    http://ash-adn.blogspot.com/

    ReplyDelete