30 November, 2010

Arwah Nenek Tersayang

Kamsiah binti Sulaiman . Itulah nama nenek aku . Ataupun lebih manja akrab aku panggil dia "wan" . Aku dari kecil duduk dengan nenek aku . Dah memang aku duduk rumah dia kan , mestilah duduk dengan dia . Dan rumah yang aku masih tinggal , yang menjadi tempat berteduh dan tempat aku menyetan sampai sekarang . HAHA . Apa? aku tak da rumah ? rumah keluarga aku sendiri ada dekat keramat , cuma YOLAH mak aku anak sulong nenek aku kan , so dia lah yang kena jaga nenek aku ni . Maklumlah , nenek aku ni cerewet manja orangnya . Jadi , dia perlukan mak aku (:


Banyak kenangan aku dengan nenek aku ni . Salah satunya , nenek aku kalau dia tengah tergopoh-gapah ke , dia mesti panggil nama aku salah . Sebagai contoh , babu (penjual roti menunggang motosikal) lalu depan rumah aku .

"pom pom pom pom , roti roti rotiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!!"

" Imah eh icah eh midah cepat panggil roti tu ! "

Pada mulanya aku pelik la , nenek aku pandang aku , tapi entah siapa-siapa nama yang dia sebutnya . HAHA sebenarnya tu nama anak-anak dia yang dia sebut . Mungkin dia tak ingat nama aku kot . KINAH wan, KINAH senang bukan ? bukan imah , icah , midah , miah . hakhak  ( kan senang kalau wan cakap ketujuh-tujuh nama anak wan tu , huhu )

Selain itu , masa hari raya kan ada sesi ampun-mengampun kan ? wajib lah setiap keluarga buat macam tu . Aku akan dapat kata-kata yang best dari nenek aku tau . nak tau apa ? Aku datang dekat dia . aku pun minta la maaf . Korang tau dia balas apa ? "hmm...hmm kau memang cucu aku yang banyak buat dosa dengan aku .. " HAHA sedara aku yang lain tak dapat ni semua . aku sorang je sebab aku  memang banyak buat jahat pun dengan nenek aku . HAHA ( tengah jujur ni )


Contoh aku buat jahat kan , pernah nenek aku suruh aku tolong terbalikkan nugget yang dia goreng . Tapi aku buat der je . (dengan erti kata lain , aku buat-buat pekak ) Tak silap aku , masa tu nenek aku pergi mandi . Bila dia habis je mandi . " Hangus nugget aku ! anak dara pemalas ! " hakhak ayat tu masih segar dalam ingatan aku . Tapi kan wan , sekarang kinah dah pandai masak lah , dah tak takut api pun . Trust me kalau wan nak suruh kinah goreng apa-apa pun boleh dah . Tapi jangan lah wan suruh kinah masak ikan siakap 6 rasa cukup . Menangis tak berlagu aku nanti . haha 


macam ni la kot bentuk nugget yang hanggus tu . HAHA
( mintak maaf la wan oii )

Dulu aku selalu berebut channel dengan nenek aku . Perkara biasa la tu kan ? kau nak tengok cartoon , dia nak tengok the biggest loser . (eh ada ke nenek tengok the biggest loser , haha ) tak dapat aku bayangkan seorang nenek tengok the biggest loser . haha . Dulu rumah kitaorang mana ada astro , semua pakai channel biasa je . Nenek aku cukup pantang kalau aku tak tengok forum agama dekat TV1 setiap hari khamis malam . " Nanti kau masuk la neraka sorang-sorang , aku tak . " HAHA baik punya sound nenek aku bagi . Bagi aku , aku dah lali dengar nenek aku cakap macam tu . Yang paling tak tahannya , nenek aku sure dia masuk syurga tau . haha YOLAH WAN ! 


Ni lah forum ugama yang nenek  aku selalu tengok . Tak silap aku rancangan ni ada lagi kan sekarang ?
( Budak-budak kan , mana minat ceramah orang tua ni semua . HAHA )


Bila dah ada astro dekat rumah , HAH ! apa lagi , TV tu aku punya la kan . haha Lagi giat la aku tengok cerita yang nenek aku tak suka tengok . Mesti susahkan nak ajar orang tua guna remote astro , yelah banyak sangat button . Nenek yang dalam iklan astro tu asyik cakap TEKAN AJE . Agaknya tu nenek zaman moden kan . huhu . Korang bayangkanlah , berapa juta kali aku ajar pun , nenek aku bukan faham pun . mula-mula je cakap " ouhhh ok, ok . wan tau dah " esoknya.. "kinah , ni nak tekan yang mana ni ? " HAHA SILA SABAR .

model ni yang aku guna sampai sekarang . haha kalau remote aku tu BERMINYAK-MINYAK , dah sah nenek aku yang usik . mana taknya tengok TV sambil makan nugget goreng . haha . Nenek aku kalau makan ke , mengunyah keropok ke , dia mesti makan depan TV . mana aku tak ikut perangai dia ? huhu 

 Last-last nenek aku bengang sebab dia tak dapat tengok cerita yang dia nak , dia pun suruh mak aku beli TV kecik , letak dekat ruang tamu jugak . Ada pernah sekali , TV kecik tu buat hal , dia tak nak keluar gambar . Selepas penat nenek aku mengetuk TV tu , dandan masa tu dia nak tengok ceramah ugama , bila dia dah penat . " Celaka kau Tibi ! " HAHA aku gelak sakan jelah . ( jangan tiru aku , aku cucu jahat . SAYA MENGAKU ) 



haduii yang paling best aku selalu sorokkan nenek aku punya remote control . haha . ( memang jahat gila aku ni dulu tak nak bagi nenek aku tengok tv . BUSUK HATI . ) port-port yang selalu aku sorokkan remote tu mestilah bawah kusyen atau aku sorok dalam bilik aku . HAHA 

Pantang nenek aku seterusnya , dia cukup suka benci kalau dekat tepi sinki ada air berlecak-lecak . Kan kalau selesai membasuh pinggan , air mesti berkelecak dekat tepi-tepi sinki tu kan . Tu yang nenek aku tak suka . Aku memang selalu kena lah kan , tiap kali dia nampak je ada air berkelecak , mesti dia panggil aku dan suruh aku yang lap air tu . aku dengan berbulunya buat la dengan muka marah suka .Tapi kan wan , wan jangan risau , sekarang dah jadi habit kinah pulak lap air berkelecak tepi sinki . Dan kalau wan nak tau , kinah pulak yang bising bila ada orang lecak-lecak kan air tepi sinki ni . hehe betul lah kata orang hidup ni macam roda (: 


nampak air tu bersepah berkelecak ? 


Haaa , nenek aku nak bersih macam ni lah . 
( memang dah jadi tugasan harian tanpa dibayar gaji pun aku buat , HEH ! ) 


Sedara nenek aku selalu jugak datang rumah . Siapa lagi kalau bukan Wan Teh dengan Wan Bayan . Tapi Wan Teh ialah pengunjung tetap tau . SILA BERI ANUGERAH . Aku ingat budak-budak remaja je boleh bergossip , tak sangka pulak ada Pasukan Gerakan Nenek Sedunia . hakhak . Dorang pun ada cerita dorang tersendiri . Aku cukup alert kalau dengar kereta wan teh datang , terus aku cabut masuk bilik . Bukan aku takut dengan wan teh aku , cuma aku pantang dengar bila nenek aku cakap " KINAHHH.... buat air ! " haishhh , aku bukan malas , tapi aku tak reti dan aku tak pernah di ajar pun nak buat air macam mana . korang pun sama kan ? pernah ke buat air or serve tetamu waktu umur darjah-darjah lagi ? toksah kencing laa . HAHA . Tapi sekarang kan wan , bila tetamu datang , kinah dah tak lari dah sebab kinah yang akan serve dorang . 

Aku ni jahat , jahat jugak . masa aku baik , aku baik betul dengan nenek aku . (eh yeke ? haha ) Nenek aku pernah ajar aku bahasa inggeris . (padahal aku lagi tau dari dia , nak buat macam mana , sebagai cucu yang soleh dan solehah aku dengar jelah ) HAHA 

" You want eat ? "

" You want drink ? "

(siap ada gaya macam waiter gitu , hakhak )

Ni lah perkataan yang nenek aku tau . Kira ok apa , walaupun ada salah di sisi grammar . YOLAH . nenek aku tak macam nenek korang , nenek korang fasih berbahasa inggeris . nenek aku tak . nenek aku zaman jepun punya orang . ( kau jangan layan minah ni =.= )  hehe . 


berbantukan patung-patung aku , mari kita lakonkannya . HAKHAK . kenapa spongebob boleh cakap melayu ? yelah , kan dekat astro boleh tukar audio dari english ke bahasa malaysia . HAHA . tau tak ? 
SAH tak da channel nickelodeon =.=


Nenek aku juga selalu ulang-ulang kisah ceritanya dulu-dulu , yah mungkin dia lupa yang dia dah pernah bagitau aku . tapi aku layan je . HAHA Salah satu cerita yang dia selalu ulang ialah nenek aku selalu cerita dulu-dulu gigi dia putih bersih sampai misi ( jururawat ) tegur dia .

" wahhh , cantiknya gigi awak . putih . pakai apa ? "

" pakai arang je . " HAHA ( ni yang tak boleh blah )

masa tu nenek aku dah bangga dah , dah kembang-kembang telinga dia 10 inci . haha . tapi memang betul lah kan orang dulu-dulu pakai arang je untuk bersihkan gigi . Tak macam kita sekarang colgate la , mukmin la , darlie la . Tapi gigi tak putih-putih pun . betul tak ? HAHA . Kalau aku ada kilang ubat gigi sendiri , aku nak buat ubat gigi dari arang lah . macam ni ..


HAHA . siapa je nak guna kan ? xD

sekian sahaja cerita pasal  nenek aku . apa-apapun , saya rindu arwah nenek saya :)









Kemas Almari Baju

Maaflah Yang Arif sekalian ,  saya malas nak memperkenalkan diri saya macam orang lain buat bila first time buat blog . Cuma aku nak cakap yang aku ahli baru ,  jadi kalau ada salah sini , salah sana . sorry lah .

Buah mangga di dalam pagar ,
Panggil abah tolong ambilkan , 
Saya budak blog baru belajar ,
Kalau salah say sorry la kan .

" kejab aku , kejab saya =.= "

Okay , mari kita berbalik kepada tajuk entry ini . Kemas Almari Baju . Cuba korang tengok almari korang sendiri . Tengok sekarang ! Kalau yang kemas dan cantik berkilat tu , malas la eden nak cakap . Tapi yang bersepah , berhabuk , berkulat , ber apa lagi ? macam-macam ber la . (macam aku la tu kan)  haa tak kan nak tengok je ? so , dengan kudrat yang aku ada , akupun mengemas dan menyelongkarlah almari aku tu .

mula-mula aku keluarkan semua benda yang ada dekat bawah baju ni .


lihat , semuanya dah bersih . tak da la berkulat sangat kan ? tapi sekurang-kurangnya kulat pernah buat pesta la dalam almari aku ni . HAHA

sedang seronok , duaronok , tigaronok menyelongkar , aku tak perasan yang aku dah tolak barang-barang aku ke lantai . haa ni la jadinya kalau buat kerja tak semenggah . Nanti kena kemas lantai lagi . MENASA betul ! ( menasa : menyesal )



inilah barang-barang yang aku jumpa . WOW . Banyak bukan ? Sila Beri tepukan . Mesti dorang dah semput duduk dalam almari aku ni . HAHA mana taknya , almari kecil , tapi muatan terlebih -.-


Sebenarnya , barang-barang ni pun banyak aku dapat dari hadiah hari jadi , hadiah dari sekolah , hadiah dari orang . Dah banyak sangat aku pun tak tau nak letak mana . So , aku sumbat la dalam almari ni . hakhak . Alang-alang dah cerita pasal hadiah-hadiah ni . aku nak bercerita sikit la . hee boleh kan ? tapi sebelum tu kita kumpulkan semua hadiah-hadiah ni dengan teratur dan tersusun .



Dah besar kan ? so pandai la aku susun sendiri :)
korang mesti perasan ada benda yang aku tambah . saja nak show off sikit . Habis tu kata nak cerita pasal hadiah kan ? so ni la hadiah yang aku dapat dari 1994-2010 . ( menggelabah gila minah ni nak juga bagitau hadiah yang dia dapat dari tahun lahir dia )

ok , jom kita zoom dekat sikit dari kiri . cameraman ! ready, on your mark , get set , go ! (eh ni bukan untuk lumba lari ke ? HAHA ) silapsilap . ok cameraman ! ready for take , aaaanndd ACTION !



Haa . korang ada ke kipas kecik ni dengan batman buih-buih ni ? (yeke nama dia buih-buih,hentam jelah !) Untuk pengetahuan korang la kan , kipas kecik tu abah i yang bagitau . SILA JEALOUS . Ingat lagi masa aku pergi kem unit beruniform . Kitaorang kena tidur dalam khemah . Kau bayangkanlah khemah macam mana kan ? PANAS . BERKUAP . BERKEPAK-KEPAK . MASAM (eh masam tu bau tuala aku . huhu) so , demi anak yang tersayang , abah i belikan i kipas kecik tu . aku rasa aku sorang je kot yang bawa . AHAH tapi malam-malam aku dapat tidur lena . tak da satu nyamuk mahupun langau malahan lalat pun tak hinggap tau . haa dasyat tak dasyat :P

Batman buih-buih tu kak long ucu aku bagi masa melancong dekat kelantan . (eleh melancong lah sangat ) Nak kata umur aku time tu kecik lagi , hmm 15 tahun = Form 3 , kecik lagi ke ? HAHA  dah kak long aku nak belanja kan . hee thanks kak long :) kalau kau nak tau , jalan-jalan kat kelantan ni bosan sikit . so , dengan adanya batman buih-buih ni aku boleh la main tiup-tiup sambil tengok mak aku bershopping . tak la bosan eden .

NEXT !



okay , korang nampak apa ? paling jelas la ? HABUK ? Yes , Bijak , Memang Bijak ! haha (tiru trademark rancangan clever TVIQ kejab :P ) kereta control tu dah berkurun aku simpan dari aku darjah 3 kot . Tu pun abah i yang belikan . Yang pelikkan , tak silap aku la , aku tak minta pun nak kereta control . (yeke padahal meronta-ronta nak) Tapi abah yang belikan sendiri . hee Bukan sepatutnya dia bagi dekat abang aku ke ? yela abang kan lelaki , aku perempuan . Wajarkah perempuan main permainan ini ? ceh ! tapi aku sempoi je . Nak tau tak ? Esoknya kan , abang aku minta beli kereta control untuk dia pulak . HAHA jelous dengan i la tu . dia beli model yang sama tapi warna putih . alah ! tak heran , yang penting aku punya lagi mahal dari abang aku punya okay ! xD ( nak yang mahal je minah ni -,- )

Nampak lampu tidur yang bear tu kan ? Haa tu pun abah bagi . Abah aku kan , kalau dia nak bagi hadiah , dia akan buat suprise dulu . WOAH ! terima kasih abah .


 Nak tau apa dalam kotak tu ? jeng jeng jeng ..
(dah macam hang tuah postman tu . HAHA )



Haa yang budak tu pegang kan ? apa dia ? PIANO ? Yes ! pandai anak mak ! haha tu lah yang abah aku bagi iaitu piano kecik . siap ada microphone lagi . nampak tak dekat tempat tekan-tekan tu ada macam kesan conteng-conteng ? tu sebenarnya key note dia . tu pun abah i yang tuliskan . hee . sebab dulu aku pernah masuk kumpulan perencahrgaram  pancaragam dekat sekolah rendah . boleh la aku main beberapa lagu simple kan . so,tak rugi la abah i bagi . tak da la i nanti diiktiraf macam kera dapat bunga . YELA cuba korang bayangkan kalau kera dapat piano pulak . HAHA

bayanganku .... 




ok seterusnya !



yang hadiah-hadiah lain tu korang boleh tengok sendiri kan . aku nak cerita hadiah yang bermakna je . tak yah lebih-lebih la kan . Asyik-asyik hadiah dari abah i je kan . mana mak i ni ? kedekut tak nak bagi hadiah ke ? HAHA "STUDY HARD , nursakinah" Nampak ? haa tu lah yang mak aku bagi . Beliau menganugerahkan hadiah tersebut kepada beta sewaktu beta berumur 12 tahun = darjah 6 . Eceh konon nak bagi semangat la dekat aku , supaya aku buat exam UPSR betul-betul . hikhik . thanks ye mak :)



Yang ni aku pasti dekat rumah korang tak da kan ? Cuba teka ni apa ? YES Tabung !  Semua manusia yang bergelar budak kecik , pasti ada tabung kan setiap sorang ? tapi aku ada tabung yang lain daripada yang lain iaitu tabung unta . haa jangan main-main dekat malaysia pun ada unta tau . kikiki . Yang ni pun mak i bagi . Tabung unta berserta tabung cendawan ni . YOLAH . nak mendidik anak-anak belajar menabung untuk masa depan lah katakan . Tapi bagi aku tabung unta ni berguna untuk aku letak barbie atas tu . kiranya barbie menunggang unta . HAKHAK . yang tabung rumah tu pulak , aku jadikan rumah barbie . WAH KREATIF KAU NURSAKINAH ! mak kau bagi kau tabung suruh simpan duit , kau buat main pulak . bagus perangai .

Kalau korang perasan . kalau abah aku bagi hadiah , dia mesti bagi hadiah aku untuk aku main-main . tapi kalau mak aku , lain pulak . dia bagi hadiah ada maknanya tersendiri . Sabar jelah Encik Latifi Dan Puan Hamidah yee .

Antara Hadiah lain ...


(alamak kantoi tengah buat peace :P )



(dah macam pokok krismas pulak , gantung sana , gantung sini )
HAA ? alaa pasal bear bear ni tak payah cerita kot kan . dah meningkat remaja ni , so korang mesti tau lah kan siapa yang bagi kalau bukan _______ . haa tak yah aku cakap la . semua ada pengalaman kan ? hikhik 



Cantik kan tulisan ( aku tau la hodoh ) ni kotak hadiah mak aku bagi yang dalam ada isi tabung tadi tu la . Mula-mula kosong je , PUTIH . BERSIH . dah la tak berbalut =.= , tak da kad ucapan . hmm

Pada suatu hari ...


macam tu la ceritanyaaa . sebab tu lah terhasilnya tulisan lawa dekat atas kotak tu . HAHA . dah la aku tulis DARIPADA mak , TO anakku sakinah . budak kecik kan ? bahasa melayu , bahasa inggeris semua dia campur .  ceh ayat aku tu pura-pura macam mak aku yang tulis . hikhik . ni baru cerita pasal hadiah dari parents . hadiah masa sekolah dulu belum lagi . nanti ada masa i cerita di lain masa dan di lain entry okay .
sampai di sini sahaja beta betitah (: