30 November, 2010

Kemas Almari Baju

Maaflah Yang Arif sekalian ,  saya malas nak memperkenalkan diri saya macam orang lain buat bila first time buat blog . Cuma aku nak cakap yang aku ahli baru ,  jadi kalau ada salah sini , salah sana . sorry lah .

Buah mangga di dalam pagar ,
Panggil abah tolong ambilkan , 
Saya budak blog baru belajar ,
Kalau salah say sorry la kan .

" kejab aku , kejab saya =.= "

Okay , mari kita berbalik kepada tajuk entry ini . Kemas Almari Baju . Cuba korang tengok almari korang sendiri . Tengok sekarang ! Kalau yang kemas dan cantik berkilat tu , malas la eden nak cakap . Tapi yang bersepah , berhabuk , berkulat , ber apa lagi ? macam-macam ber la . (macam aku la tu kan)  haa tak kan nak tengok je ? so , dengan kudrat yang aku ada , akupun mengemas dan menyelongkarlah almari aku tu .

mula-mula aku keluarkan semua benda yang ada dekat bawah baju ni .


lihat , semuanya dah bersih . tak da la berkulat sangat kan ? tapi sekurang-kurangnya kulat pernah buat pesta la dalam almari aku ni . HAHA

sedang seronok , duaronok , tigaronok menyelongkar , aku tak perasan yang aku dah tolak barang-barang aku ke lantai . haa ni la jadinya kalau buat kerja tak semenggah . Nanti kena kemas lantai lagi . MENASA betul ! ( menasa : menyesal )



inilah barang-barang yang aku jumpa . WOW . Banyak bukan ? Sila Beri tepukan . Mesti dorang dah semput duduk dalam almari aku ni . HAHA mana taknya , almari kecil , tapi muatan terlebih -.-


Sebenarnya , barang-barang ni pun banyak aku dapat dari hadiah hari jadi , hadiah dari sekolah , hadiah dari orang . Dah banyak sangat aku pun tak tau nak letak mana . So , aku sumbat la dalam almari ni . hakhak . Alang-alang dah cerita pasal hadiah-hadiah ni . aku nak bercerita sikit la . hee boleh kan ? tapi sebelum tu kita kumpulkan semua hadiah-hadiah ni dengan teratur dan tersusun .



Dah besar kan ? so pandai la aku susun sendiri :)
korang mesti perasan ada benda yang aku tambah . saja nak show off sikit . Habis tu kata nak cerita pasal hadiah kan ? so ni la hadiah yang aku dapat dari 1994-2010 . ( menggelabah gila minah ni nak juga bagitau hadiah yang dia dapat dari tahun lahir dia )

ok , jom kita zoom dekat sikit dari kiri . cameraman ! ready, on your mark , get set , go ! (eh ni bukan untuk lumba lari ke ? HAHA ) silapsilap . ok cameraman ! ready for take , aaaanndd ACTION !



Haa . korang ada ke kipas kecik ni dengan batman buih-buih ni ? (yeke nama dia buih-buih,hentam jelah !) Untuk pengetahuan korang la kan , kipas kecik tu abah i yang bagitau . SILA JEALOUS . Ingat lagi masa aku pergi kem unit beruniform . Kitaorang kena tidur dalam khemah . Kau bayangkanlah khemah macam mana kan ? PANAS . BERKUAP . BERKEPAK-KEPAK . MASAM (eh masam tu bau tuala aku . huhu) so , demi anak yang tersayang , abah i belikan i kipas kecik tu . aku rasa aku sorang je kot yang bawa . AHAH tapi malam-malam aku dapat tidur lena . tak da satu nyamuk mahupun langau malahan lalat pun tak hinggap tau . haa dasyat tak dasyat :P

Batman buih-buih tu kak long ucu aku bagi masa melancong dekat kelantan . (eleh melancong lah sangat ) Nak kata umur aku time tu kecik lagi , hmm 15 tahun = Form 3 , kecik lagi ke ? HAHA  dah kak long aku nak belanja kan . hee thanks kak long :) kalau kau nak tau , jalan-jalan kat kelantan ni bosan sikit . so , dengan adanya batman buih-buih ni aku boleh la main tiup-tiup sambil tengok mak aku bershopping . tak la bosan eden .

NEXT !



okay , korang nampak apa ? paling jelas la ? HABUK ? Yes , Bijak , Memang Bijak ! haha (tiru trademark rancangan clever TVIQ kejab :P ) kereta control tu dah berkurun aku simpan dari aku darjah 3 kot . Tu pun abah i yang belikan . Yang pelikkan , tak silap aku la , aku tak minta pun nak kereta control . (yeke padahal meronta-ronta nak) Tapi abah yang belikan sendiri . hee Bukan sepatutnya dia bagi dekat abang aku ke ? yela abang kan lelaki , aku perempuan . Wajarkah perempuan main permainan ini ? ceh ! tapi aku sempoi je . Nak tau tak ? Esoknya kan , abang aku minta beli kereta control untuk dia pulak . HAHA jelous dengan i la tu . dia beli model yang sama tapi warna putih . alah ! tak heran , yang penting aku punya lagi mahal dari abang aku punya okay ! xD ( nak yang mahal je minah ni -,- )

Nampak lampu tidur yang bear tu kan ? Haa tu pun abah bagi . Abah aku kan , kalau dia nak bagi hadiah , dia akan buat suprise dulu . WOAH ! terima kasih abah .


 Nak tau apa dalam kotak tu ? jeng jeng jeng ..
(dah macam hang tuah postman tu . HAHA )



Haa yang budak tu pegang kan ? apa dia ? PIANO ? Yes ! pandai anak mak ! haha tu lah yang abah aku bagi iaitu piano kecik . siap ada microphone lagi . nampak tak dekat tempat tekan-tekan tu ada macam kesan conteng-conteng ? tu sebenarnya key note dia . tu pun abah i yang tuliskan . hee . sebab dulu aku pernah masuk kumpulan perencahrgaram  pancaragam dekat sekolah rendah . boleh la aku main beberapa lagu simple kan . so,tak rugi la abah i bagi . tak da la i nanti diiktiraf macam kera dapat bunga . YELA cuba korang bayangkan kalau kera dapat piano pulak . HAHA

bayanganku .... 




ok seterusnya !



yang hadiah-hadiah lain tu korang boleh tengok sendiri kan . aku nak cerita hadiah yang bermakna je . tak yah lebih-lebih la kan . Asyik-asyik hadiah dari abah i je kan . mana mak i ni ? kedekut tak nak bagi hadiah ke ? HAHA "STUDY HARD , nursakinah" Nampak ? haa tu lah yang mak aku bagi . Beliau menganugerahkan hadiah tersebut kepada beta sewaktu beta berumur 12 tahun = darjah 6 . Eceh konon nak bagi semangat la dekat aku , supaya aku buat exam UPSR betul-betul . hikhik . thanks ye mak :)



Yang ni aku pasti dekat rumah korang tak da kan ? Cuba teka ni apa ? YES Tabung !  Semua manusia yang bergelar budak kecik , pasti ada tabung kan setiap sorang ? tapi aku ada tabung yang lain daripada yang lain iaitu tabung unta . haa jangan main-main dekat malaysia pun ada unta tau . kikiki . Yang ni pun mak i bagi . Tabung unta berserta tabung cendawan ni . YOLAH . nak mendidik anak-anak belajar menabung untuk masa depan lah katakan . Tapi bagi aku tabung unta ni berguna untuk aku letak barbie atas tu . kiranya barbie menunggang unta . HAKHAK . yang tabung rumah tu pulak , aku jadikan rumah barbie . WAH KREATIF KAU NURSAKINAH ! mak kau bagi kau tabung suruh simpan duit , kau buat main pulak . bagus perangai .

Kalau korang perasan . kalau abah aku bagi hadiah , dia mesti bagi hadiah aku untuk aku main-main . tapi kalau mak aku , lain pulak . dia bagi hadiah ada maknanya tersendiri . Sabar jelah Encik Latifi Dan Puan Hamidah yee .

Antara Hadiah lain ...


(alamak kantoi tengah buat peace :P )



(dah macam pokok krismas pulak , gantung sana , gantung sini )
HAA ? alaa pasal bear bear ni tak payah cerita kot kan . dah meningkat remaja ni , so korang mesti tau lah kan siapa yang bagi kalau bukan _______ . haa tak yah aku cakap la . semua ada pengalaman kan ? hikhik 



Cantik kan tulisan ( aku tau la hodoh ) ni kotak hadiah mak aku bagi yang dalam ada isi tabung tadi tu la . Mula-mula kosong je , PUTIH . BERSIH . dah la tak berbalut =.= , tak da kad ucapan . hmm

Pada suatu hari ...


macam tu la ceritanyaaa . sebab tu lah terhasilnya tulisan lawa dekat atas kotak tu . HAHA . dah la aku tulis DARIPADA mak , TO anakku sakinah . budak kecik kan ? bahasa melayu , bahasa inggeris semua dia campur .  ceh ayat aku tu pura-pura macam mak aku yang tulis . hikhik . ni baru cerita pasal hadiah dari parents . hadiah masa sekolah dulu belum lagi . nanti ada masa i cerita di lain masa dan di lain entry okay .
sampai di sini sahaja beta betitah (:






















No comments:

Post a Comment