07 December, 2010

Myspace Best Tak ?

Setiap makhluk di dunia ni mesti pernah mengalami zaman "kegemilangan" bermain myspace. Ye dak ? kalau ye , sila lambai-lambai tangan tangan anda sambil kata " Ye ye ! myspace dulu best ! " . kalau tak , sila tinggalkan blog ini . ( dengan nada yang serius ) 
ecece main-main jelah . HEE .

Dulu tak kira dari golongan-golongan nerdy sehinggalah golongan yang hok-hok ( hot-hot ) mesti ada myspace , macam aku dulu ada myspace sejak aku melangkah ke alam form 1 dan form 2 . Aku boleh dikategorikan sebagai orang yang nerd jugak la . Alah ! tak kesah nerd ke hok , yang penting myspace tetap kena ada masa tu . Yela myspace kan tengah hok dipasaran    mahupun di pasar-pasar raya berdekatan rumah anda  . ( dah dah jangan lari tajuk please )


Agak-agak siapa menang ? kalau ikut badan of course , definitely , absolutely lah jacob kan . Ingat tak masa dalam scene eclipse , time bella tengah kesejukkan , kan jacob kata dekat edward " I'm hotter than you ! " . Masa tu dekat wayang semua orang dah WOOOO . HAHA 


DAH DAH .
 So , mari kita bercerita tentang zaman myspace dulu-dulu :)

Aku tau Myspace ni pun dari kawan-kawan aku . Time tu aku dekat cyberlab sekolah ada kelas komputer , orang semua dok sibuk cakap mespes , mespes . Boleh dikatakan majoriti yang datang kelas komputer bukannya belajar , semua dok sibuk bukak mespes . Aku sorang je sibuk bukak y8.com . ( alah yang game dress up-dress up tu lah ) Rumah aku dulu mana ada internet , jadi bila ada kelas komputer je , hati ni berkobar-kobar nak main game y8 . HAHA . Bila tengok semua kengkawan bukak mespes , main chat-chat , senyum sorang-sorang , hikhik sana , hikhik sini , aku pun apa lagi tanya lah kawan aku suruh dia ajar aku camne nak buat mespes hari tu jugak . takkkkkkkkkkkk kiraaaaaaaaaaaaa ! 
( sambil hentak-hentak kaki dekat lantai )

Haa ni lah web common yang akan aku visit setiap hari tau . Dulu mana pakai google chrome ni , pakai gorilla mozilla je tau . Windows 7 ni pun tak wujud lagi naa .


Fuh bila dapat je buat mespes ni , first thing aku buat ialah aku edit layout . Mespes mana sama dengan pesbuk ( facebook ) , yolah mespes boleh edit-edit , pesbuk tak boleh buat apa-apa . ye dak ? Layout aku dulu-dulu tak sah kalau tak da glitters-glitters , yang warna-warni , ada "welcome to my page" , ada gambar artis handsome-hansome ( dulu suka sangat high school musical =.= ) , ada gambar icon-icon comel laa , huruf-huruf neon dan berbagai-bagai sumpah seranah aku letak dekat layout mespes aku tu . Dengan erti kata lain , serabut lawa la bagi aku dulu . Eh dulu macam-macam web aku tau sebab nak cari layout yang best-best . Kiranya kalau layout dia full dengan lampu kelip-kelip , banyak gambar artis or cartoon , orang banyak add la ? HMMPH ~ 






1) aww ! scandal aku online laa... 
2) HUKHUK . kenapa minah tu tak nak approve aku ? 
3) Padan muka kau tak boleh tengok comment aku !






yeee haaaa . waka waka eh eh . 

sakit mata tengok kan ? ni baru sikit , cuba korang bayangkanlah dulu page aku penuh dengan haiwan-haiwan al-an'am ni semua , haishh kenangan . kenangan .



Korang ingat tak dekat mespes kan ada interest , movies , books ? HAA ! Aku gunakan ruang yang ada , pergi cari gambar glitters-glitters , yang animated ( yang boleh gerak-gerak ) letak dekat situ . WAH ! penuh layout aku . BANGGA GILA . jangan cakap aku , semua orang pernah cuba kan ? yang perempuan suka glitters , yang laki pulak suka letak gambar artis-artis sexy lagi menarik tertarik kau memang da bomb la wa cakap lu . Yang paling tak boleh blah . Letak gambar boyfriend dekat layout diikuti pesanan-pesanan yang terdapat di bawah gambar tersebut .

" bi , cyg syg bi tewtat-tewtat "

" This is my lovely dumbly HUSBAND "

" iloveyou sayang , forever "

" ilysmfdm , imysm , ihysfdm "
 ( HAH ! ni cukup fofular kan dulu ? punyalah payah orang nak meneka apa yang dia tulis -,- )

Mungkin mereka mengharapkan orang ramai kata " OH SWEETNYA DORANG " . Udah-udah lah tu . Seminggu lepas tu clash , normal lah dulu kan ? 



Second thing yang aku buat dekat mespes ni ialah mengADD seberapa banyak orang dalam dunia ni . Tak kira dari baby hingga lah yang ke tua kerepot . ( tak pe , janji kacak bergaya lagi kaya ) Lagi ramai friends list korang , lagi la korang proud mengunung kan ? Dengan artis yang berkurun lama tak online mespes pun korang add . SIAPA KESAH KAN ? Yang penting friends aku ramai . ( padahal yang comment 5 orang je , HAKHAK )  Kalau friendslist dah sampai 400 lebih tu , dah bangga gila dah tu . Aku sampai sanggup bayar untuk pergi cyberlab sekolah semata-mata nak bukak mespes . Nak pergi cybercafe luar amat mustahil sekali lah bagi perempuan melayu terakhir macam aku ni kan . 



Dah keberapa ni ? Oh perkara yang ketiga aku buat ialah mengEDIT gambar sendiri untuk diupload . FUH ! cakap pasal edit-edit gambar ni , aku JAGUH KAMPUNG tau dulu . ceh . Betul wa cakap lu beb . Dulu sebelum nak upload gambar , mesti sehabis baik punya edit . Kalau ada jerawat tu , blurkan gambar sampai nampak smooth je muka kita en . Background tu kalau nak bagi lawa sikit bubuh la shadow bagi gelap sikit . Selain amik tempahan baju dan buat kuih , dulu mak limah ni dah selalu sangat terima tempahan untuk diedit gambar mereka tanpa bergaji tau . Konon nak tunjuk mak limah ni power lah kan ? YOLAH ! Mak limah kan jaguh kampung , mesti la terer bab-bab edit-edit gambar ni kan . Mak limah kalau edit-edit gambar ni mesti bubuh icon comel-comel dekat tepi-tepi gambar tu , tak pon kalau yang permintaan nak simple-simple je mak limah bubuh la frame yang bunga-bunga . HIKHIK 



Cool tak kalau johny depp macam ni ? Aku rasa lepas ni dia tak akan berlakon pirates of the carribean dah , nanti dia mintak nak berlakon cerita rapunzel pulak .


Dah dah stop cakap pasal mak limah ni . Jom kita teruskan cerita kita . Bila dah maju sikit , mulalah gejala mengHIDE semua menatang yang ada dekat profile kita kan . Sebagai contoh hide comment , hide friends . ada yang lagi superb semua benda dia hide ,  dengan profile picture pun sekali dia hide , apa yang tinggal pun aku tak tau . Kita hide friends list sebab tak nak bagi kengkawan kita add topfriends kita kan . Lagi pulak kalau yang dekat topfriends tu balak kita ke , scandal kita ke , HAH ! sure lah hangpa tak nak bagi orang lain kacau line kan kan ? Untuk pendapat orang lain pulak , hide friends sebab tak nak bagi kacau layout , nanti layout jadi panjang berjelar-jelar . Konon nak bagi kemas la tu . Tu ahli-ahli falsafah yang mementingkan kebersihan di layout beliau je buat macam tu . Tapi aku sure 70% orang hide friends sebab tak nak bagi orang add kawan-kawan or bestie dia kan .


 Cakap pasal hide comment ni , agak-agak kenapa eh ? Nak pilih sebab takut kawan baca komen kita ke nak pilih untuk kemaskan layout ? I nak pilih sebab takut nanti kengkawan baca komen i la of course ! wee . Yela aku dulu ramai scandal dari serata Malaysia kan , dari budak kampung hingga ke anak-anak Dato semua i try tau . Mestilah segan dandan pulak kalau lupa nak delete comment yang ada berunsur  " Goodnight sayang , iloveyou , i bobokkan you ok ! " beserta " emmmmuaaah kiss dia , buat lovebite sekali . "  HAHA . Kejab lagi esok dekat sekolah sure kena bahan satu kelas punya . Cinta Cyber ni semua mesti pernah mengalami kan ? TOKSAH HANG DOK BOHONG LA . Bagi aku cinta cyber ni lagi best dari cinta monyet , yela korang just tengok muka/profile picture dia asal cantik molek , comment dia , bagi ayat-ayat yang menyentap sikit sampai awek tu cair . Lepas tu bermula la pertukaran no telefon berlaku . Sudah semestinya si awek akan malu-malu untuk bagi no telefon kepada si lelaki .



" youuuuuuuuuuuuuuu , bagi la no telefon you .
si lelaki yang control ayu setiap masa .

"alaaaaa , you bagila you punya dulu ok . nanti i miskol you... "
si perempuan yang control jerawat tumbuh .

" Yela yela , ni no i 017-2345670 . jangan lupa miskol tau , kalau tak i geget you nanti "

" alololoo yee i tak lupa , nanti i miskol you , you miskol i back ok . daaa~ "

" bui bui ... t8 care , ily ! "

Siapa yang tak addict dengan mespes kalau nak dekat 10 orang tiap hari yang hantar komen macam tu beb ? 



Kan senang kalau boleh potong-potong macam ni je . Tak payah nak susah-susah copy paste code-code untuk hide comment & friends kita . hmmm~ 


NEXT ! Yang kelima kan ? haa ni mesti semua orang suka buat lah  . Aku dulu suka bukak profile orang , then tengok friends dia , tengok comment dia . walaupun kau hide macam mana pun , kami still boleh view kau punya comment & friends lah ! ( jadi stalker kejab ) FUH , kegiatan ni memang dah cukup fofular dulu-dulu . Lagi-lagi bagi awek-awek yang nak spy balak dorang , mesti buat kerja haram ni kan ? Yelah yang si awek ni mesti nak tengok siapa yang balak dia letak dekat topfriends . Nak tengok balak dia comment dengan siapa . Macam-macam lagilah . ( macam aku la kan ) Lepas tu merajuk , gaduh sana , gaduh sini dengan balak dia . 




" YOUUUU ! siapa yang no.1 dekat topfriends you tu HAA !?
kata Mell a.k.a Melati binti Buang .

" errrr.....you spy i eh , tu kakak angkat i lah . you jangan lah jealous ok ?
kata Sam a.k.a Sameon bin Samdul .

" I tak kiraaaaaaaaaaaa nak jugakkkkkkkkkkkkkk you letak i dekat no.1 . you faham tak ! "

" yela yela ok ok , nanti i ubah ok sayang . hee



Pasal topfriends pun boleh wujud isu nak bergaduh kan , ada ke mespes tetapkan yang first untuk girlfriend/boyfriend korang , second untuk kakak/abang tiri belah mak korang , third untuk jiran depan belah kiri rumah korang . Macam tu pulak dah ? HAIZ . 



ok seterusnya , suruh orang SPAM comment picture korang kan ? Dulu cukup bangga kalau korang punya comment picture beratus-ratus dah macam artis pulak kan . Padahal setiap sorang spam sampai berpuluh-puluh . TAK PE , JANJI NAMPAK BANYAK . 432 comments dengan 32 comments mana nampak banyak ? korang sendiri pun tau menilai kan . Mak Limah maleh nak goyak apo-apo dah , sebab mak limah pun sama terjebak macam you all-you all ni . hee



Cukup la sampai sini eden berceloteh tentang zaman "kegemilangan" mespes kan . Mungkin korang ada pengalaman yang lagi best dari aku kan ? jom la share-share :) SHARING IS CARING . Eh , sekarang jangan pandang remeh dekat mespes ni tau . dia pun dah cukup upgrade macam pesbuk , malah lagi teruk . Lagi buat orang tak paham . Kalau hangpa tak caya , hangpa pergi la bukak mespes hangpa yang konon nya tulis CLOSED and konon letak gambar kuboq sebagai tanda dah mati ,  haa pi bukak , hangpa tengok mespes dah berwajah baru . HEBAT , TABIK SELUT . 

babai (: 










03 December, 2010

Cara Belajar Malaysian Top Students

"Sesungguhnya usaha serta susah payah kita tekun belajar pada usia muda semasa di bangku sekolah hanyalah sekejab . Hasil dan nikmatnya nanti , akan dapat kita rasai dan hayati puluhan tahun lamanya selepas itu , malah hingga ke hari tua . " -Dr Shukri Abdullah , Pakar Motivasi .




Okay , hari ni Professor Dr. Ir. Nursakinah binti Latifi ingin mengongsikan rahsia belajar Malaysian Top Students . ( dah cukup serius la tu ? haha ) . Aku pernah pergi seminar Dr. Shukri Abdullah ni , jadi ada la sedikit banyak aku dapat info macam mana Malaysian Top Students ni belajar . ( relax la korang , jangan la gelabah lagi ) Sebenarnya stratergi dorang belajar tu dah biasa kita dengar , cuma kita tak tau macam mana nak buat betul tak ? Tak pe , tak pe . Hari ni kita bongkarkan rahsia dorang ni . ( dah macam misteri nusantara pulak ) . Cepat ambil pen dengan kertas ye murid-murid ! 


1) SEDIA AWAL 

Macam mana kita nak sedia awal ni ? Macam biasa kita dengar orang kata kita kena baca terlebih dahulu tajuk yang akan dipelajari di dalam kelas . Kiranya 5 minit ke 3 minit ke atau tak sempat sangat 1 saat pun jadilah sebelum cikgu datang masuk kelas , selak-selak sikit buku teks tu , tengok gambar atau tajuk utama yang diboldkan pun jadilah kan . Sekurang-kurangnya bila cikgu mengajar , tak de la kita terpinga-pinga sambil garu-garu kepala , garu-garu ketiak . Rasa bangga tak kalau korang tau lebih dari kawan korang . Sebagai contoh ..


"Baiklah murid-murid , harini kita akan belajar ABC ."

untuk budak yang tak buat persediaan awal , dia akan kata.. 

" Haa ? Binatang apa itu ABC ? "

macam korang pulak , dah ready awal kan , so boleh la proud sikit depan kawan korang .

" Ohh saya tau cikgu , saya tau ! " ( sambil angkat tangan tinggi-tinggi )


( eleh setakat ABC baby baru lahir pun tau kan . apela =.= ) Ni sebagai perumpamaan la . HAIZ . Jadi , pengajaran cikgu pun akan menjadi lebih menarik dan kita mudah nak ikut serta mudah nak faham . boleh ikut anak-anak murid cikgu setakat ni ? OK BAGUSSS .




2) TUMPUAN DALAM KELAS

Biasa dengar kan ? Kita mesti tumpukan 100% dalam kelas . Macam mana nak beri tumpuan 100% dalam kelas ni ? (macam aku setiap hari mengalami masalah bau busuk akibat pembuangan sampah dekat tepi kelas aku , menyampah i . HUH 

Pertama , korang mesti duduk tegak , pandang mulut cikgu , pandang muka cikgu ( nasib korang la kalau dapat cikgu cun , kalau dapat cikgu tak gosok gigi , SILA PANDANG JUGAK . HORMATILAH GURU ANDA!) . hakhak 

Kedua , fahami ajaran guru di dalam kelas . Kalau korang tak sempat nak buat persediaan awal , kan nanti kita akan lambat sikit nak pick up kan , jadi langkah terbaik ialah berfikir dan berusaha untuk memahami apa diajar oleh guru . PALING PENTING , jangan pikiran korang ke laut pulak . ( dengan erti kata lain fikiran jangan melayang-layang ) Kiranya kalau kau ada masalah dengan awek ke , lupakan sekejab . Alah , awek korang tak lari manalah . Tak lari gunung dikejar ( ecehhh ) .



p/s : sekali-sekala jadi rempit nice jugak kan ?



Ketiga , bertanya jika tidak faham . Yang ni aku tau agak sukar bagi korang buat , sebab malu nak tanya kan ( bukan sebab korang pemalu -__- ) tapi sebab korang takut korang sorang je tak tau . STOP BERFIKIRAN NEGATIF . Cuba korang anggap yang budak-budak dalam kelas korang semua bodoh bin bangang , haa mesti korang akan lebih berani punya . Pernah terjadi dekat aku . Pada mulanya aku segan nak tanya cikgu sebab tengok orang sekeliling aku macam orang-orang bijak bin sana . 

"cikgu , formula physics ni dia bagi tak masa SPM nanti ? "

"aaaa ! good questions ! ada yang dia bagi , ada yang tak . tapi biasakan hafal semua formula tu untuk langkah berjaga-jaga ok . "


Nampak ? Cikgu pun puji korang tau kalau korang tanya soalan yang orang lain tak pernah tanya . ( hidung tengah kembang-kembang ni . ) Okay kalau cara ni pun tak boleh , korang usik la kawan korang kejab , jangan lama-lama . Korang suruh kawan yang berani sikit tu tanyakan dekat cikgu . Haa macam tu tak malukan ? kalau cikgu marah pun , cikgu marah kawan korang , bukan korang . ( ceitt ! mengajar benda tak senonoh pulak aku ni )
 Kalau cikgu tanya korang soalan , misal kata korang blank , tak tau nak jawab apa . So, lebih baik mengaku tak tau daripada pura-pura jadi bijak bin hampeh , jangan jadi budak-budak seperti ini -.- . tensen ( tension ) cikgu nanti .






Keempat , bersarapan waktu pagi , minum air yang banyak dan biasakan diri dengan pernafasan . Kalau cakap pasal sarapan , mesti ramai yang skip sarapan kan ? alasan " mak aku tak sempat masak la  sebab mak aku tengah syok layan tidur " . Apa salahnya kalau korang makan coco crunch ke , cicah biskut tiger dengan air milo ke , roti sekeping ke . kan simple ?  cukup sekadar untuk alas perut korang . tak payah berat-berat , contoh kalau korang ambil nasi lemak sebagai sarapan , tu boleh mengundang kemengantukkan dalam kelas nanti . ( dah macam pakar kesihatan dan makanan lah pulak . ) 

Bercakap pasal air ni , bawa botol air ke sekolah adalah digalakkan . Sebab bila korang belajar ,  kena pulak belajar addmath kan , kepala otak tengah pusing dan berserabut , bila kita minum air  sedikit banyak boleh release tension dan buat korang rasa bertenaga semula . betul i tak tipu ni sebab i selalu cuba :D



DIAMOND LAH YANG TERBAIK , bak kata dato' sheila majid .  kikiki


Apa ? Lelaki bawa botol air hilang macho ?  


Justin Bibir Bieber ni still macho je bila bawak botol air ( bukan dia bawak botol susu adik dia pun kan ) .


" When i'm focused , there is not one single thing , person , anything that can stand in the way of my doing something . There is not , if i want something bad enough , i feel i gonna get there " - Micheal Phelps , 8 pingat emas di Olimpik Beijing 2008 acara renang .


Haa , jadikan lah kata-kata Micheal Phelps ni sebagai pembakar semangat korang untuk terus focus dalam kelas . ok para hadirin sekalian ?


3) ULANGKAJI SELEPAS KELAS


Senang la orang kata ulangkaji sana , ulang kaji sini . Tapi tau ke nak ulangkaji bila ? HAA meh aku kasi tau hangpa semua . Ulangkaji ni boleh dibuat masa hujung minggu je kan , yela hari biasa hangpa semua busy buat homework ye dak ? So , hari sabtu tu hangpa ulangkaji semua tajuk-tajuk yang hangpa dah belajar minggu lepas . HARI AHAD BUKAN HARI REHAT HANGPA . Hari Ahad pun kena sedia awal tajuk-tajuk yang akan dipelajari untuk minggu akan datang . ( eleh macam aku buat , tak sanggup aku nak lepaskan marathon cerita CINTA KIRANA ) 



p/s : sorry kepada peminat setia cerita cinta kirana . hehehe




4) DIRI SENDIRI

Maksud aku , kejayaan masa depan terletak sepenuhnya ke atas diri you all sendiri tau . BUKAN orang lain . Kiranya kalau you all rajin usaha , rajin menelaah buku , jadi hasilnya pun lumayan kan dong ? Tapi kalau prestasi akademik you all merosot , jangan salah kan orang lain , guru , rakan atau pak cik guard sekolah you all . Salah kan siapa ? WE ALL ! pandainyerr! (sebab i pun sama macam you all jugak ) Pendek kata , kalau you all nak berjaya dengan cemerlang  , kalau you all nak gagal dengan excellent pun dengan usaha diri sendiri jugak . CAKAP FAHAM CEPAT .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Wa nak tambah sikit la untuk info lu olang semua .  lu olang letak la kata-kata hikmat dekat port yang selalu lu olang lepak contohnya komputer or laptop lu olang ke , dekat tepi TV ke . Macam wa , wa asyik-asyik buka peti ais sebab nak cari benda untuk dikunyah . So , macam-macam kata-kata hikmat or nota-nota yang simple yang wa tampal dekat peti ais . hee supaya wa ingat , jangan asyik makan sampai lupa nak belajar maa .


amacam ? boleh ikut macam professor buat tak ?


lu olang tulis la besar-besar sikit , supaya masa lu olang tengah makan maggie ( makanan untuk melembapkan otak ) , lu olang boleh la baca apa yang lu olang tulis sepintas lalu sahaja :) 

Mana nak cari kata-kata hikmat yang best-best ?  tak payah susah-susah . wa kan ada :D


"Never put off till tomorrow , what you can do TODAY !"

Haa kata-kata hikmat ni boleh la lu olang letak berdekatan dengan komputer lu olang . (biar lu olang sedar sikit jangan sebab nak main game DOTA  , lu olang sanggup tangguhkan dulu homework lu olang )
Bagi lu olang-lu olang yang suka tengok TV bila homework tengah mengunung , elok lah letak dekat-dekat dengan TV lu olang .


" To be great , Please CONCENTRATE ! "

Yang ni pulak elok letak dekat tempat lu olang belajar , supaya lu olang tak de la nak main mesej dengan boyflen masa tengah belajar kan . Jangan jadikan main mesej ketika belajar itu sebagai habit . Merana kelak . ( kenapa wa serius sangat ni ? -___- macam wa tak pernah buat pulak , HAT TUI !)


" We can't spell S _CCESS without U "

Yang ni bagus letak depan kelas lu olang-lu olang , biar lu olang terasa bersemangat sikit maa . ceh ceh . Yela tak kan lu olang nak tengok budak-budak yang sememangnya dah pandai je berjaya macam wa la kan , lu olang pun boleh maa . U CAN DO IT ! U CAN DO IT ! ( cuba bayangkan amoi-amoi cheerleader yang comey-lotey buat ni , confirm lu olang terus bangkit untuk berjuang ) HAHA




Sebenarnya wa ni tolong sampaikan info kepada lu olang je . WA PUN SAMA macam lu olang jugak , PERAJIN ( pemalas la tu ) . Semua yang wa cerita ni , ade laa dalam 60% wa buat . 


hee . sekian .






01 December, 2010

Pakaian Sekolah Pelajar Form 1 dan Form 2

Form 1 dan Form 2 . Masa tu orang kata peralihan zaman dari budak-budak hingusan ke remaja . Orang tua-tua kata remaja masa tu nak cuba semuanya tanpa mendengar kata-kata ibu bapanya . Ceh ! Dah macam ceramah pulak aku bagi . Siapa nak ceramah kat sini ? o_0 . i cuma nak cerita pasal pakaian sekolah pelajar form 1 dan form 2 dulu-dulu je . hee ok , cuba korang ingat balik , macam mana pakaian korang masa tu ? Adakah baik or nerd ? atau anda seorang yang suka melanggar peraturan sekolah ( macam aku =.= ) ? Kalau yang baik or nerd tu i selut you all lah , sebabnya you all tak terjebak macam we all ni . HAHA .


 Untuk pengetahuan korang semua , aku adalah pengawas masa aku sekolah sesi petang . Apa ? korang pikir pengawas ni baik sangat ke ha ? eleh pengawas ni dua kali lima je macam korang semua . HAHA . betul la orang kata PENGAWAS = MAWAS . ceit ! tapi tak semua pengawas macam aku laa , ada yang baik ikut peraturan dan ada juga yang nerd . Macam manalah orang macam aku ni boleh tersesat jadi pengawas . -____-"



pernah main game bully ni ? pengawas dia gila besar macam cikgu . HAHA

Aku ingat lagi , masa kena interview nak jadi pengawas . Cikgu tanya lah aku macam-macam soalan . Aku rasa semua sekolah pun mesti wajib tanya soalan ni kepada sesiapa yang ingin menjadi pengawas . 


"Kenapa awak nak jadi pengawas ? "

aku jawab " Sebab saya nak bantu cikgu untuk mengurus hal disiplin di sekolah "


CEH ! ayat tangkap leleh bai . Kalau nak cakap sebab nak dapat sijil je , confirm tak dapat . so sebab tu aku ayat cikgu sikit . HAHA


Ok ok dah penat berceloteh , mari kita berbalik kepada tajuk entry kali ini . Bagi aku waktu aku Form 1 dan Form 2 tu , zaman kegelapan aku . HAHA . YOLAH mana taknya semua benda nak langgar , peraturan sekolah langgar , cakap cikgu langgar , dengan tiang-tiang elektrik semua langgar . ( cukup tipu orang , sakinah ! ) Pernah kan , kawan kelas aku masa sekolah rendah dulu , dia terlanggar tiang elektrik , then bulu kening dia hilang tak tumbuh-tumbuh . HAKHAK . (cerita  benar ni )



macam nak bergaduh dengan tiang elektrik tu je . HAHA


Dulu-dulu kalau tudung bagi perempuan yang bertudung mesti nak pendek kan . Lagi pendek tudung korang buat , lagi angkuh korang berjalan kan . HAHA . Bahagian belakang tudung korang mesti ada bonjolan rambut yang di ikat . Pastu tudung pun terhuyung-hayang kan kan ? haha . 
 kalau tak paham jugak , meh i tunjuk ...





Bagi rambut perempuan yang tak bertudung pulak , korang mesti suka ikat tinggi-tinggi . Lagi tinggi , lagi lelaki pandang . Dulu budak perempuan freehair mesti suka rebonding , yelah semua benda nak cuba . Lagi parah pergi warnakan rambut . WELL kita semua kan datang sekolah tujuan untuk melanggar peraturan sekolah ! haha . Bagi lelaki pulak , letak wax or minyak rambut dekat rambut bagi tercacak macam landak . (Cicak jatuh pun tak mati ) Yela kalau rambut cacak barulah budak perempuan meluat suka pandang kan ? haha . BIASA LAH TU . Lelaki cukup suka kalau bela rambut yang dekat tepi telinga . konon korang kata nak tutup bagi habuk tak masuk la kan ? haha pandai ye kecik-kecik dah menipu . 






Mari kita beralih ke pancaindera pulak , kalau yang perempuan tu suka sangat lah pakai celak . PALING AKU INGAT ! haha sebelum pergi sekolah tu , sanggup tertinggal bas Pak Mat untuk pergi ke sekolah . ( entah siapa lah Pak Mat ni ) Yang aku peliknya , nak pergi sekolah pun make up tau , ada lagi over pakai blusher dengan lipstick pelembap bibir . HAHA . Nak mengorat cikgu-cikgu handsome cakap jelah -,- . Kalau yang lelaki pulak dorang tak bubuh apa-apa dekat muka dorang . cuma aku rasa dorang ada yang terkinja-kinja nak tindik sana , tindik sini . Bagi perempuan yang tak bertudung tu , MESTI atau WAJIB tindik lebih dari satu . betul tak ? haha . eh power kot perempuan boleh tindik lebih dari satu , sakit tu beb .


Dulu budak perempuan suka pakai baju kurung atas dari lutut beserta fit ikut badan dan butang baju tu korang tak butangkan en ? HAHA " cikgu , panas lah ! " alasan biasa lah tu . kejab lagi perkara biasa cikgu disiplin akan balas " neraka lagi panas " . HAHA SILA BERSABAR . Nametag dan lencana . Rugi je kedai buku sekolah atau koperasi jual . HAHA siapa je nak pakai ? WE ALL semua tak main laa pakai name tag ni semua , macam budak skema lah . haha aku pernah dengar budak bagi alasan kenapa tak pakai name tag dan lencana . dia kata " errrr .... mak saya tak sempat nak jahit lah " haha . ada pulak cikgu balas " kalau mak kau tak sempat jahit , suruh abah kau ! " (eleh cakap jelah nanti senang kalau nak ponteng kelas , YOLAH cikgu tak tau nama korang sebab korang tak pakai nametag kan ) HAH !  







Kalau cakap pasal kain pulak , mesti korang biasa dengar kalau orang kata ' BANJIR ' . haa kain budak perempuan dulu-dulu mesti senteng lah wa cakap lu .  kenapa senteng ? "senang angin nak masuk " haha . Sebenarnya lelaki tak suka pun kain perempuan yang senteng-senteng ni . ( yelah aku ni , macam dah buat research dekat semua budak lelaki pulak ) HAHA  Lelaki dulu-dulu tak silap aku la kan , seluar mesti kecik bawah . semut dengan nyamuk nak lalu pun tak boleh . HAHA ok itu tipu . entah tak tau kenapa suka sangat seluar kecik bawah . Selalu yang seluar kecik bawah ni untuk budak melayu . Kalau budak india dengan cina mesti seluar besar bawah . ( aku pun tak faham kenapa seluar pun ikut kaum kan =.= ) . 






Aku pernah dengar cerita dari cikgu disiplin kan , (konon kamcing la dengan cikgu disiplin ) dulu pernah budak lelaki sekolah aku oter seluar baik punya , cikgu aku pun apa lagi . mula lah operasi beliau , cikgu pergi potong tepi seluar budak lelaki tu , dari atas sampai bawah . WAH SEXY NYAH . lepas tu budak tu terkial-kial cari pin untuk cantumkan balik seluar dia . HAHA gila lah macam ni pun ada .



Cakap pasal stoking . BUDAK PEREMPUAN paling suka aku rasa . yelah , asal datang sekolah je , pakai stoking  warna-warni . lawa beb . lepas tu stoking mesti pendek paras buku lali . betul tak aku kata ? haha SIAPA BAGI KORANG BUAT ? sila mengaku sekarang . ( okay kami mengaku . kami salah ) haha wajib laa we all kan nak bagi cikgu berbulu dengan kitaorang . HAHA kau bayangkan pengawas pakai stoking warna-warni , punya bagus perangai kan , memalukan Lembaga Pengawas-pengawas Sedunia je kan ? HAHA . Budak lelaki pun tak kurang hebat jugak , nak lawan budak perempuan . Stoking mesti ada logo . kalau ada logo NIKE , PUMA , ABIBAS ADIDAS ke , dah cukup proud tau nak jalan depan cikgu disiplin . haha 








Masuk part kasut lagi best . tapi kalau kasut , lelaki dan perempuan sama je kot bagi aku . Semua kalau boleh nak ada yang kasut ada line berwarna . Yang paling famous masa tu line warna merah . Kira dah paling smart gila la kalau pakai kasut yang berline-line . Macam-macam warna line wa cakap lu. ada hijau , biru dan pink pun ada .  HAHA



Tapi tu semua dulu , sekarang i dah berubah tau tak . i dah tak macam dulu-dulu . eceh . YOLAH bila eden pikir-pikir balik , macam sakai pulak buat macam tu kan . Tapi masih ada yang remaja buat lagi kan ? tak pela derr , dia punya taste kan , dia punya suka la . Semua ni pun berdasarkan pengalaman aku tengok budak-budak sekolah aku .YOLAH aku kan pengawas bersahsiah tak guna :P . tu yang sekarang dah jadi pelajar biasa yang baik (eceh baik la sangat kan )  Cuma moral of the story JANGAN JADI PENGAWAS MACAM AKU . sekian , terima kasih :)
















30 November, 2010

Arwah Nenek Tersayang

Kamsiah binti Sulaiman . Itulah nama nenek aku . Ataupun lebih manja akrab aku panggil dia "wan" . Aku dari kecil duduk dengan nenek aku . Dah memang aku duduk rumah dia kan , mestilah duduk dengan dia . Dan rumah yang aku masih tinggal , yang menjadi tempat berteduh dan tempat aku menyetan sampai sekarang . HAHA . Apa? aku tak da rumah ? rumah keluarga aku sendiri ada dekat keramat , cuma YOLAH mak aku anak sulong nenek aku kan , so dia lah yang kena jaga nenek aku ni . Maklumlah , nenek aku ni cerewet manja orangnya . Jadi , dia perlukan mak aku (:


Banyak kenangan aku dengan nenek aku ni . Salah satunya , nenek aku kalau dia tengah tergopoh-gapah ke , dia mesti panggil nama aku salah . Sebagai contoh , babu (penjual roti menunggang motosikal) lalu depan rumah aku .

"pom pom pom pom , roti roti rotiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!!"

" Imah eh icah eh midah cepat panggil roti tu ! "

Pada mulanya aku pelik la , nenek aku pandang aku , tapi entah siapa-siapa nama yang dia sebutnya . HAHA sebenarnya tu nama anak-anak dia yang dia sebut . Mungkin dia tak ingat nama aku kot . KINAH wan, KINAH senang bukan ? bukan imah , icah , midah , miah . hakhak  ( kan senang kalau wan cakap ketujuh-tujuh nama anak wan tu , huhu )

Selain itu , masa hari raya kan ada sesi ampun-mengampun kan ? wajib lah setiap keluarga buat macam tu . Aku akan dapat kata-kata yang best dari nenek aku tau . nak tau apa ? Aku datang dekat dia . aku pun minta la maaf . Korang tau dia balas apa ? "hmm...hmm kau memang cucu aku yang banyak buat dosa dengan aku .. " HAHA sedara aku yang lain tak dapat ni semua . aku sorang je sebab aku  memang banyak buat jahat pun dengan nenek aku . HAHA ( tengah jujur ni )


Contoh aku buat jahat kan , pernah nenek aku suruh aku tolong terbalikkan nugget yang dia goreng . Tapi aku buat der je . (dengan erti kata lain , aku buat-buat pekak ) Tak silap aku , masa tu nenek aku pergi mandi . Bila dia habis je mandi . " Hangus nugget aku ! anak dara pemalas ! " hakhak ayat tu masih segar dalam ingatan aku . Tapi kan wan , sekarang kinah dah pandai masak lah , dah tak takut api pun . Trust me kalau wan nak suruh kinah goreng apa-apa pun boleh dah . Tapi jangan lah wan suruh kinah masak ikan siakap 6 rasa cukup . Menangis tak berlagu aku nanti . haha 


macam ni la kot bentuk nugget yang hanggus tu . HAHA
( mintak maaf la wan oii )

Dulu aku selalu berebut channel dengan nenek aku . Perkara biasa la tu kan ? kau nak tengok cartoon , dia nak tengok the biggest loser . (eh ada ke nenek tengok the biggest loser , haha ) tak dapat aku bayangkan seorang nenek tengok the biggest loser . haha . Dulu rumah kitaorang mana ada astro , semua pakai channel biasa je . Nenek aku cukup pantang kalau aku tak tengok forum agama dekat TV1 setiap hari khamis malam . " Nanti kau masuk la neraka sorang-sorang , aku tak . " HAHA baik punya sound nenek aku bagi . Bagi aku , aku dah lali dengar nenek aku cakap macam tu . Yang paling tak tahannya , nenek aku sure dia masuk syurga tau . haha YOLAH WAN ! 


Ni lah forum ugama yang nenek  aku selalu tengok . Tak silap aku rancangan ni ada lagi kan sekarang ?
( Budak-budak kan , mana minat ceramah orang tua ni semua . HAHA )


Bila dah ada astro dekat rumah , HAH ! apa lagi , TV tu aku punya la kan . haha Lagi giat la aku tengok cerita yang nenek aku tak suka tengok . Mesti susahkan nak ajar orang tua guna remote astro , yelah banyak sangat button . Nenek yang dalam iklan astro tu asyik cakap TEKAN AJE . Agaknya tu nenek zaman moden kan . huhu . Korang bayangkanlah , berapa juta kali aku ajar pun , nenek aku bukan faham pun . mula-mula je cakap " ouhhh ok, ok . wan tau dah " esoknya.. "kinah , ni nak tekan yang mana ni ? " HAHA SILA SABAR .

model ni yang aku guna sampai sekarang . haha kalau remote aku tu BERMINYAK-MINYAK , dah sah nenek aku yang usik . mana taknya tengok TV sambil makan nugget goreng . haha . Nenek aku kalau makan ke , mengunyah keropok ke , dia mesti makan depan TV . mana aku tak ikut perangai dia ? huhu 

 Last-last nenek aku bengang sebab dia tak dapat tengok cerita yang dia nak , dia pun suruh mak aku beli TV kecik , letak dekat ruang tamu jugak . Ada pernah sekali , TV kecik tu buat hal , dia tak nak keluar gambar . Selepas penat nenek aku mengetuk TV tu , dandan masa tu dia nak tengok ceramah ugama , bila dia dah penat . " Celaka kau Tibi ! " HAHA aku gelak sakan jelah . ( jangan tiru aku , aku cucu jahat . SAYA MENGAKU ) 



haduii yang paling best aku selalu sorokkan nenek aku punya remote control . haha . ( memang jahat gila aku ni dulu tak nak bagi nenek aku tengok tv . BUSUK HATI . ) port-port yang selalu aku sorokkan remote tu mestilah bawah kusyen atau aku sorok dalam bilik aku . HAHA 

Pantang nenek aku seterusnya , dia cukup suka benci kalau dekat tepi sinki ada air berlecak-lecak . Kan kalau selesai membasuh pinggan , air mesti berkelecak dekat tepi-tepi sinki tu kan . Tu yang nenek aku tak suka . Aku memang selalu kena lah kan , tiap kali dia nampak je ada air berkelecak , mesti dia panggil aku dan suruh aku yang lap air tu . aku dengan berbulunya buat la dengan muka marah suka .Tapi kan wan , wan jangan risau , sekarang dah jadi habit kinah pulak lap air berkelecak tepi sinki . Dan kalau wan nak tau , kinah pulak yang bising bila ada orang lecak-lecak kan air tepi sinki ni . hehe betul lah kata orang hidup ni macam roda (: 


nampak air tu bersepah berkelecak ? 


Haaa , nenek aku nak bersih macam ni lah . 
( memang dah jadi tugasan harian tanpa dibayar gaji pun aku buat , HEH ! ) 


Sedara nenek aku selalu jugak datang rumah . Siapa lagi kalau bukan Wan Teh dengan Wan Bayan . Tapi Wan Teh ialah pengunjung tetap tau . SILA BERI ANUGERAH . Aku ingat budak-budak remaja je boleh bergossip , tak sangka pulak ada Pasukan Gerakan Nenek Sedunia . hakhak . Dorang pun ada cerita dorang tersendiri . Aku cukup alert kalau dengar kereta wan teh datang , terus aku cabut masuk bilik . Bukan aku takut dengan wan teh aku , cuma aku pantang dengar bila nenek aku cakap " KINAHHH.... buat air ! " haishhh , aku bukan malas , tapi aku tak reti dan aku tak pernah di ajar pun nak buat air macam mana . korang pun sama kan ? pernah ke buat air or serve tetamu waktu umur darjah-darjah lagi ? toksah kencing laa . HAHA . Tapi sekarang kan wan , bila tetamu datang , kinah dah tak lari dah sebab kinah yang akan serve dorang . 

Aku ni jahat , jahat jugak . masa aku baik , aku baik betul dengan nenek aku . (eh yeke ? haha ) Nenek aku pernah ajar aku bahasa inggeris . (padahal aku lagi tau dari dia , nak buat macam mana , sebagai cucu yang soleh dan solehah aku dengar jelah ) HAHA 

" You want eat ? "

" You want drink ? "

(siap ada gaya macam waiter gitu , hakhak )

Ni lah perkataan yang nenek aku tau . Kira ok apa , walaupun ada salah di sisi grammar . YOLAH . nenek aku tak macam nenek korang , nenek korang fasih berbahasa inggeris . nenek aku tak . nenek aku zaman jepun punya orang . ( kau jangan layan minah ni =.= )  hehe . 


berbantukan patung-patung aku , mari kita lakonkannya . HAKHAK . kenapa spongebob boleh cakap melayu ? yelah , kan dekat astro boleh tukar audio dari english ke bahasa malaysia . HAHA . tau tak ? 
SAH tak da channel nickelodeon =.=


Nenek aku juga selalu ulang-ulang kisah ceritanya dulu-dulu , yah mungkin dia lupa yang dia dah pernah bagitau aku . tapi aku layan je . HAHA Salah satu cerita yang dia selalu ulang ialah nenek aku selalu cerita dulu-dulu gigi dia putih bersih sampai misi ( jururawat ) tegur dia .

" wahhh , cantiknya gigi awak . putih . pakai apa ? "

" pakai arang je . " HAHA ( ni yang tak boleh blah )

masa tu nenek aku dah bangga dah , dah kembang-kembang telinga dia 10 inci . haha . tapi memang betul lah kan orang dulu-dulu pakai arang je untuk bersihkan gigi . Tak macam kita sekarang colgate la , mukmin la , darlie la . Tapi gigi tak putih-putih pun . betul tak ? HAHA . Kalau aku ada kilang ubat gigi sendiri , aku nak buat ubat gigi dari arang lah . macam ni ..


HAHA . siapa je nak guna kan ? xD

sekian sahaja cerita pasal  nenek aku . apa-apapun , saya rindu arwah nenek saya :)









Kemas Almari Baju

Maaflah Yang Arif sekalian ,  saya malas nak memperkenalkan diri saya macam orang lain buat bila first time buat blog . Cuma aku nak cakap yang aku ahli baru ,  jadi kalau ada salah sini , salah sana . sorry lah .

Buah mangga di dalam pagar ,
Panggil abah tolong ambilkan , 
Saya budak blog baru belajar ,
Kalau salah say sorry la kan .

" kejab aku , kejab saya =.= "

Okay , mari kita berbalik kepada tajuk entry ini . Kemas Almari Baju . Cuba korang tengok almari korang sendiri . Tengok sekarang ! Kalau yang kemas dan cantik berkilat tu , malas la eden nak cakap . Tapi yang bersepah , berhabuk , berkulat , ber apa lagi ? macam-macam ber la . (macam aku la tu kan)  haa tak kan nak tengok je ? so , dengan kudrat yang aku ada , akupun mengemas dan menyelongkarlah almari aku tu .

mula-mula aku keluarkan semua benda yang ada dekat bawah baju ni .


lihat , semuanya dah bersih . tak da la berkulat sangat kan ? tapi sekurang-kurangnya kulat pernah buat pesta la dalam almari aku ni . HAHA

sedang seronok , duaronok , tigaronok menyelongkar , aku tak perasan yang aku dah tolak barang-barang aku ke lantai . haa ni la jadinya kalau buat kerja tak semenggah . Nanti kena kemas lantai lagi . MENASA betul ! ( menasa : menyesal )



inilah barang-barang yang aku jumpa . WOW . Banyak bukan ? Sila Beri tepukan . Mesti dorang dah semput duduk dalam almari aku ni . HAHA mana taknya , almari kecil , tapi muatan terlebih -.-


Sebenarnya , barang-barang ni pun banyak aku dapat dari hadiah hari jadi , hadiah dari sekolah , hadiah dari orang . Dah banyak sangat aku pun tak tau nak letak mana . So , aku sumbat la dalam almari ni . hakhak . Alang-alang dah cerita pasal hadiah-hadiah ni . aku nak bercerita sikit la . hee boleh kan ? tapi sebelum tu kita kumpulkan semua hadiah-hadiah ni dengan teratur dan tersusun .



Dah besar kan ? so pandai la aku susun sendiri :)
korang mesti perasan ada benda yang aku tambah . saja nak show off sikit . Habis tu kata nak cerita pasal hadiah kan ? so ni la hadiah yang aku dapat dari 1994-2010 . ( menggelabah gila minah ni nak juga bagitau hadiah yang dia dapat dari tahun lahir dia )

ok , jom kita zoom dekat sikit dari kiri . cameraman ! ready, on your mark , get set , go ! (eh ni bukan untuk lumba lari ke ? HAHA ) silapsilap . ok cameraman ! ready for take , aaaanndd ACTION !



Haa . korang ada ke kipas kecik ni dengan batman buih-buih ni ? (yeke nama dia buih-buih,hentam jelah !) Untuk pengetahuan korang la kan , kipas kecik tu abah i yang bagitau . SILA JEALOUS . Ingat lagi masa aku pergi kem unit beruniform . Kitaorang kena tidur dalam khemah . Kau bayangkanlah khemah macam mana kan ? PANAS . BERKUAP . BERKEPAK-KEPAK . MASAM (eh masam tu bau tuala aku . huhu) so , demi anak yang tersayang , abah i belikan i kipas kecik tu . aku rasa aku sorang je kot yang bawa . AHAH tapi malam-malam aku dapat tidur lena . tak da satu nyamuk mahupun langau malahan lalat pun tak hinggap tau . haa dasyat tak dasyat :P

Batman buih-buih tu kak long ucu aku bagi masa melancong dekat kelantan . (eleh melancong lah sangat ) Nak kata umur aku time tu kecik lagi , hmm 15 tahun = Form 3 , kecik lagi ke ? HAHA  dah kak long aku nak belanja kan . hee thanks kak long :) kalau kau nak tau , jalan-jalan kat kelantan ni bosan sikit . so , dengan adanya batman buih-buih ni aku boleh la main tiup-tiup sambil tengok mak aku bershopping . tak la bosan eden .

NEXT !



okay , korang nampak apa ? paling jelas la ? HABUK ? Yes , Bijak , Memang Bijak ! haha (tiru trademark rancangan clever TVIQ kejab :P ) kereta control tu dah berkurun aku simpan dari aku darjah 3 kot . Tu pun abah i yang belikan . Yang pelikkan , tak silap aku la , aku tak minta pun nak kereta control . (yeke padahal meronta-ronta nak) Tapi abah yang belikan sendiri . hee Bukan sepatutnya dia bagi dekat abang aku ke ? yela abang kan lelaki , aku perempuan . Wajarkah perempuan main permainan ini ? ceh ! tapi aku sempoi je . Nak tau tak ? Esoknya kan , abang aku minta beli kereta control untuk dia pulak . HAHA jelous dengan i la tu . dia beli model yang sama tapi warna putih . alah ! tak heran , yang penting aku punya lagi mahal dari abang aku punya okay ! xD ( nak yang mahal je minah ni -,- )

Nampak lampu tidur yang bear tu kan ? Haa tu pun abah bagi . Abah aku kan , kalau dia nak bagi hadiah , dia akan buat suprise dulu . WOAH ! terima kasih abah .


 Nak tau apa dalam kotak tu ? jeng jeng jeng ..
(dah macam hang tuah postman tu . HAHA )



Haa yang budak tu pegang kan ? apa dia ? PIANO ? Yes ! pandai anak mak ! haha tu lah yang abah aku bagi iaitu piano kecik . siap ada microphone lagi . nampak tak dekat tempat tekan-tekan tu ada macam kesan conteng-conteng ? tu sebenarnya key note dia . tu pun abah i yang tuliskan . hee . sebab dulu aku pernah masuk kumpulan perencahrgaram  pancaragam dekat sekolah rendah . boleh la aku main beberapa lagu simple kan . so,tak rugi la abah i bagi . tak da la i nanti diiktiraf macam kera dapat bunga . YELA cuba korang bayangkan kalau kera dapat piano pulak . HAHA

bayanganku .... 




ok seterusnya !



yang hadiah-hadiah lain tu korang boleh tengok sendiri kan . aku nak cerita hadiah yang bermakna je . tak yah lebih-lebih la kan . Asyik-asyik hadiah dari abah i je kan . mana mak i ni ? kedekut tak nak bagi hadiah ke ? HAHA "STUDY HARD , nursakinah" Nampak ? haa tu lah yang mak aku bagi . Beliau menganugerahkan hadiah tersebut kepada beta sewaktu beta berumur 12 tahun = darjah 6 . Eceh konon nak bagi semangat la dekat aku , supaya aku buat exam UPSR betul-betul . hikhik . thanks ye mak :)



Yang ni aku pasti dekat rumah korang tak da kan ? Cuba teka ni apa ? YES Tabung !  Semua manusia yang bergelar budak kecik , pasti ada tabung kan setiap sorang ? tapi aku ada tabung yang lain daripada yang lain iaitu tabung unta . haa jangan main-main dekat malaysia pun ada unta tau . kikiki . Yang ni pun mak i bagi . Tabung unta berserta tabung cendawan ni . YOLAH . nak mendidik anak-anak belajar menabung untuk masa depan lah katakan . Tapi bagi aku tabung unta ni berguna untuk aku letak barbie atas tu . kiranya barbie menunggang unta . HAKHAK . yang tabung rumah tu pulak , aku jadikan rumah barbie . WAH KREATIF KAU NURSAKINAH ! mak kau bagi kau tabung suruh simpan duit , kau buat main pulak . bagus perangai .

Kalau korang perasan . kalau abah aku bagi hadiah , dia mesti bagi hadiah aku untuk aku main-main . tapi kalau mak aku , lain pulak . dia bagi hadiah ada maknanya tersendiri . Sabar jelah Encik Latifi Dan Puan Hamidah yee .

Antara Hadiah lain ...


(alamak kantoi tengah buat peace :P )



(dah macam pokok krismas pulak , gantung sana , gantung sini )
HAA ? alaa pasal bear bear ni tak payah cerita kot kan . dah meningkat remaja ni , so korang mesti tau lah kan siapa yang bagi kalau bukan _______ . haa tak yah aku cakap la . semua ada pengalaman kan ? hikhik 



Cantik kan tulisan ( aku tau la hodoh ) ni kotak hadiah mak aku bagi yang dalam ada isi tabung tadi tu la . Mula-mula kosong je , PUTIH . BERSIH . dah la tak berbalut =.= , tak da kad ucapan . hmm

Pada suatu hari ...


macam tu la ceritanyaaa . sebab tu lah terhasilnya tulisan lawa dekat atas kotak tu . HAHA . dah la aku tulis DARIPADA mak , TO anakku sakinah . budak kecik kan ? bahasa melayu , bahasa inggeris semua dia campur .  ceh ayat aku tu pura-pura macam mak aku yang tulis . hikhik . ni baru cerita pasal hadiah dari parents . hadiah masa sekolah dulu belum lagi . nanti ada masa i cerita di lain masa dan di lain entry okay .
sampai di sini sahaja beta betitah (: