03 December, 2010

Cara Belajar Malaysian Top Students

"Sesungguhnya usaha serta susah payah kita tekun belajar pada usia muda semasa di bangku sekolah hanyalah sekejab . Hasil dan nikmatnya nanti , akan dapat kita rasai dan hayati puluhan tahun lamanya selepas itu , malah hingga ke hari tua . " -Dr Shukri Abdullah , Pakar Motivasi .




Okay , hari ni Professor Dr. Ir. Nursakinah binti Latifi ingin mengongsikan rahsia belajar Malaysian Top Students . ( dah cukup serius la tu ? haha ) . Aku pernah pergi seminar Dr. Shukri Abdullah ni , jadi ada la sedikit banyak aku dapat info macam mana Malaysian Top Students ni belajar . ( relax la korang , jangan la gelabah lagi ) Sebenarnya stratergi dorang belajar tu dah biasa kita dengar , cuma kita tak tau macam mana nak buat betul tak ? Tak pe , tak pe . Hari ni kita bongkarkan rahsia dorang ni . ( dah macam misteri nusantara pulak ) . Cepat ambil pen dengan kertas ye murid-murid ! 


1) SEDIA AWAL 

Macam mana kita nak sedia awal ni ? Macam biasa kita dengar orang kata kita kena baca terlebih dahulu tajuk yang akan dipelajari di dalam kelas . Kiranya 5 minit ke 3 minit ke atau tak sempat sangat 1 saat pun jadilah sebelum cikgu datang masuk kelas , selak-selak sikit buku teks tu , tengok gambar atau tajuk utama yang diboldkan pun jadilah kan . Sekurang-kurangnya bila cikgu mengajar , tak de la kita terpinga-pinga sambil garu-garu kepala , garu-garu ketiak . Rasa bangga tak kalau korang tau lebih dari kawan korang . Sebagai contoh ..


"Baiklah murid-murid , harini kita akan belajar ABC ."

untuk budak yang tak buat persediaan awal , dia akan kata.. 

" Haa ? Binatang apa itu ABC ? "

macam korang pulak , dah ready awal kan , so boleh la proud sikit depan kawan korang .

" Ohh saya tau cikgu , saya tau ! " ( sambil angkat tangan tinggi-tinggi )


( eleh setakat ABC baby baru lahir pun tau kan . apela =.= ) Ni sebagai perumpamaan la . HAIZ . Jadi , pengajaran cikgu pun akan menjadi lebih menarik dan kita mudah nak ikut serta mudah nak faham . boleh ikut anak-anak murid cikgu setakat ni ? OK BAGUSSS .




2) TUMPUAN DALAM KELAS

Biasa dengar kan ? Kita mesti tumpukan 100% dalam kelas . Macam mana nak beri tumpuan 100% dalam kelas ni ? (macam aku setiap hari mengalami masalah bau busuk akibat pembuangan sampah dekat tepi kelas aku , menyampah i . HUH 

Pertama , korang mesti duduk tegak , pandang mulut cikgu , pandang muka cikgu ( nasib korang la kalau dapat cikgu cun , kalau dapat cikgu tak gosok gigi , SILA PANDANG JUGAK . HORMATILAH GURU ANDA!) . hakhak 

Kedua , fahami ajaran guru di dalam kelas . Kalau korang tak sempat nak buat persediaan awal , kan nanti kita akan lambat sikit nak pick up kan , jadi langkah terbaik ialah berfikir dan berusaha untuk memahami apa diajar oleh guru . PALING PENTING , jangan pikiran korang ke laut pulak . ( dengan erti kata lain fikiran jangan melayang-layang ) Kiranya kalau kau ada masalah dengan awek ke , lupakan sekejab . Alah , awek korang tak lari manalah . Tak lari gunung dikejar ( ecehhh ) .



p/s : sekali-sekala jadi rempit nice jugak kan ?



Ketiga , bertanya jika tidak faham . Yang ni aku tau agak sukar bagi korang buat , sebab malu nak tanya kan ( bukan sebab korang pemalu -__- ) tapi sebab korang takut korang sorang je tak tau . STOP BERFIKIRAN NEGATIF . Cuba korang anggap yang budak-budak dalam kelas korang semua bodoh bin bangang , haa mesti korang akan lebih berani punya . Pernah terjadi dekat aku . Pada mulanya aku segan nak tanya cikgu sebab tengok orang sekeliling aku macam orang-orang bijak bin sana . 

"cikgu , formula physics ni dia bagi tak masa SPM nanti ? "

"aaaa ! good questions ! ada yang dia bagi , ada yang tak . tapi biasakan hafal semua formula tu untuk langkah berjaga-jaga ok . "


Nampak ? Cikgu pun puji korang tau kalau korang tanya soalan yang orang lain tak pernah tanya . ( hidung tengah kembang-kembang ni . ) Okay kalau cara ni pun tak boleh , korang usik la kawan korang kejab , jangan lama-lama . Korang suruh kawan yang berani sikit tu tanyakan dekat cikgu . Haa macam tu tak malukan ? kalau cikgu marah pun , cikgu marah kawan korang , bukan korang . ( ceitt ! mengajar benda tak senonoh pulak aku ni )
 Kalau cikgu tanya korang soalan , misal kata korang blank , tak tau nak jawab apa . So, lebih baik mengaku tak tau daripada pura-pura jadi bijak bin hampeh , jangan jadi budak-budak seperti ini -.- . tensen ( tension ) cikgu nanti .






Keempat , bersarapan waktu pagi , minum air yang banyak dan biasakan diri dengan pernafasan . Kalau cakap pasal sarapan , mesti ramai yang skip sarapan kan ? alasan " mak aku tak sempat masak la  sebab mak aku tengah syok layan tidur " . Apa salahnya kalau korang makan coco crunch ke , cicah biskut tiger dengan air milo ke , roti sekeping ke . kan simple ?  cukup sekadar untuk alas perut korang . tak payah berat-berat , contoh kalau korang ambil nasi lemak sebagai sarapan , tu boleh mengundang kemengantukkan dalam kelas nanti . ( dah macam pakar kesihatan dan makanan lah pulak . ) 

Bercakap pasal air ni , bawa botol air ke sekolah adalah digalakkan . Sebab bila korang belajar ,  kena pulak belajar addmath kan , kepala otak tengah pusing dan berserabut , bila kita minum air  sedikit banyak boleh release tension dan buat korang rasa bertenaga semula . betul i tak tipu ni sebab i selalu cuba :D



DIAMOND LAH YANG TERBAIK , bak kata dato' sheila majid .  kikiki


Apa ? Lelaki bawa botol air hilang macho ?  


Justin Bibir Bieber ni still macho je bila bawak botol air ( bukan dia bawak botol susu adik dia pun kan ) .


" When i'm focused , there is not one single thing , person , anything that can stand in the way of my doing something . There is not , if i want something bad enough , i feel i gonna get there " - Micheal Phelps , 8 pingat emas di Olimpik Beijing 2008 acara renang .


Haa , jadikan lah kata-kata Micheal Phelps ni sebagai pembakar semangat korang untuk terus focus dalam kelas . ok para hadirin sekalian ?


3) ULANGKAJI SELEPAS KELAS


Senang la orang kata ulangkaji sana , ulang kaji sini . Tapi tau ke nak ulangkaji bila ? HAA meh aku kasi tau hangpa semua . Ulangkaji ni boleh dibuat masa hujung minggu je kan , yela hari biasa hangpa semua busy buat homework ye dak ? So , hari sabtu tu hangpa ulangkaji semua tajuk-tajuk yang hangpa dah belajar minggu lepas . HARI AHAD BUKAN HARI REHAT HANGPA . Hari Ahad pun kena sedia awal tajuk-tajuk yang akan dipelajari untuk minggu akan datang . ( eleh macam aku buat , tak sanggup aku nak lepaskan marathon cerita CINTA KIRANA ) 



p/s : sorry kepada peminat setia cerita cinta kirana . hehehe




4) DIRI SENDIRI

Maksud aku , kejayaan masa depan terletak sepenuhnya ke atas diri you all sendiri tau . BUKAN orang lain . Kiranya kalau you all rajin usaha , rajin menelaah buku , jadi hasilnya pun lumayan kan dong ? Tapi kalau prestasi akademik you all merosot , jangan salah kan orang lain , guru , rakan atau pak cik guard sekolah you all . Salah kan siapa ? WE ALL ! pandainyerr! (sebab i pun sama macam you all jugak ) Pendek kata , kalau you all nak berjaya dengan cemerlang  , kalau you all nak gagal dengan excellent pun dengan usaha diri sendiri jugak . CAKAP FAHAM CEPAT .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Wa nak tambah sikit la untuk info lu olang semua .  lu olang letak la kata-kata hikmat dekat port yang selalu lu olang lepak contohnya komputer or laptop lu olang ke , dekat tepi TV ke . Macam wa , wa asyik-asyik buka peti ais sebab nak cari benda untuk dikunyah . So , macam-macam kata-kata hikmat or nota-nota yang simple yang wa tampal dekat peti ais . hee supaya wa ingat , jangan asyik makan sampai lupa nak belajar maa .


amacam ? boleh ikut macam professor buat tak ?


lu olang tulis la besar-besar sikit , supaya masa lu olang tengah makan maggie ( makanan untuk melembapkan otak ) , lu olang boleh la baca apa yang lu olang tulis sepintas lalu sahaja :) 

Mana nak cari kata-kata hikmat yang best-best ?  tak payah susah-susah . wa kan ada :D


"Never put off till tomorrow , what you can do TODAY !"

Haa kata-kata hikmat ni boleh la lu olang letak berdekatan dengan komputer lu olang . (biar lu olang sedar sikit jangan sebab nak main game DOTA  , lu olang sanggup tangguhkan dulu homework lu olang )
Bagi lu olang-lu olang yang suka tengok TV bila homework tengah mengunung , elok lah letak dekat-dekat dengan TV lu olang .


" To be great , Please CONCENTRATE ! "

Yang ni pulak elok letak dekat tempat lu olang belajar , supaya lu olang tak de la nak main mesej dengan boyflen masa tengah belajar kan . Jangan jadikan main mesej ketika belajar itu sebagai habit . Merana kelak . ( kenapa wa serius sangat ni ? -___- macam wa tak pernah buat pulak , HAT TUI !)


" We can't spell S _CCESS without U "

Yang ni bagus letak depan kelas lu olang-lu olang , biar lu olang terasa bersemangat sikit maa . ceh ceh . Yela tak kan lu olang nak tengok budak-budak yang sememangnya dah pandai je berjaya macam wa la kan , lu olang pun boleh maa . U CAN DO IT ! U CAN DO IT ! ( cuba bayangkan amoi-amoi cheerleader yang comey-lotey buat ni , confirm lu olang terus bangkit untuk berjuang ) HAHA




Sebenarnya wa ni tolong sampaikan info kepada lu olang je . WA PUN SAMA macam lu olang jugak , PERAJIN ( pemalas la tu ) . Semua yang wa cerita ni , ade laa dalam 60% wa buat . 


hee . sekian .






1 comment: